28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ayu Raudhah Akui Trauma Kes Pembantu Rumah Lari, Syukur Suami Bawa Keluar Anak-Anak Semasa Kejadian

    Shopee Sale



    Pelakon Ayu Raudhah memberitahu kepada bahawa dua orang pembantu rumah warga Indonesia telah melarikan diri dari kediamannya di Seremban, petang Rabu.

    Anak-anak suami bawa keluar

    Ayu ketika dihubungi berkata, dia tiada di Seremban ketika kejadian kerana masih menjalani tempoh berpantang di rumah kakaknya yang juga pelakon, Rozita Che Wan di Kuala Lumpur. Tambah Ayu, dia terpaksa pulang semalam untuk memastikan tiada sebarang kecurian.

    Kedua-dua pembantu rumah masih baru. Seorang belum sampai sebulan bekerja, manakala lagi seorang kurang empat bulan bekerja dengan saya.

    Saya akan pulang ke Seremban untuk memastikan tiada barang berharga yang hilang. Hanya saya seorang saja yang tahu kedudukan barang itu.

    Harapnya tiada barang yang dicuri mereka. Ada pembantu pun ‘stress’, ini kan pula mereka tiada. Sudahlah saya sekarang tengah berpantang anak ketujuh.

    Disoal sudah membuat laporan polis ataupun tidak, isteri kepada bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak ini memberitahu dia menyerahkan urusan tersebut kepada suaminya.

    Mengenai laporan polis dan bagitahu agensi, saya serahkan pada suami.

    Ditanya pula sama ada trauma selepas mendengar berita pembantu rumah lari, Ayu secara ringkas menjawab ya.

    Mujur masa mereka lari, anak-anak saya daddy mereka bawa keluar.

    Di akhir temu bual, Ayu berkata, dia sudah cuba menghubungi kedua-dua pembantu rumahnya tapi salah seorang daripada mereka sudah menyekat nombor telefonnya manakala, seorang lagi menutup telefon.

    Mereka buat kerja secara tersusun. Mereka melarikan diri ketika tiada orang di rumah.

    Terdahulu, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik satu hantaran dan meminta orang ramai yang terserempak dengan dua pembantu rumah itu untuk menghubunginya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah