27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Penghayatan & Vokal Adalah Subjektif, Jangan Kata Kelly Azman Rosakkan Lagu Saya’ – Syamel

    Shopee Sale

    Penyanyi Syamel tampil memberikan pendapat terhadap persembahan nyanyian semula lagunya yang berjudul Hamba Cinta, oleh Kelly Azman, yang sebelum ini menimbulkan pelbagai komentar dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: Netizen Pedih Telinga Dengar Kelly Azman ‘Cover’ Lagu Syamel, Tuan Badan Respon – ‘Saya Dalam Kelas Tersendiri’

    Artikel Berkaitan: ‘Pertama, A New Journey Together With Me, Syamel’ Bakal Berlangsung 22 November Ini

    Vokal & gaya penghayatan sendiri

    Ketika ditemui , Syamel, 34, berkata dia memilih untuk bersikap positif serta menghargai usaha Kelly menyanyikan semula lagu berkenaan, dan wajar diberikan penghargaan.

    Saya berterima kasih kepada Kelly Azman sebab memilih untuk cover lagu ‘Hamba Cinta’, daripada rangkaian lagu yang saya ada.

    Itu saya patut berikan kredit kepada Kelly Azman.

    Menurut Syamel, penghayatan dan vokal adalah bersifat subjektif, ianya bergantung kepada cita rasa masing-masing.

    Tambahnya lagi, setiap penyanyi memiliki karakter vokal dan gaya penghayatan tersendiri.

    Dari segi penghayatan dan vokal, ianya subjektif.

    Saya ada cita rasa sendiri, yang mana saya suka suara, cara nyanyian dan penghayatan yang bagaimana.

    Tidak semestinya saya perlu sama dengan cara Kelly.

    Ada yang suka, ada yang tidak.

    Biarlah saya sahaja yang tahu di bahagian mana.

    Syamel berkata demikian ketika ditemui pada majlis Suasana Raya yang berlangsung di IOI City Mall, pada Jumaat lalu.

    MENARIK:  Awie Menjadi Pengarah Filem Rebel Dibintangi Ben Amir & MK K-Clique, Duduk Di Kerusi Penuh Tanggungjawab

    Lagu telah ‘dirosakkan’

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Cinta’ mengakui wujud perbezaan gaya antara dirinya dan Kelly, serta menyatakan kesediaannya untuk belajar dan berbincang bagi pendekatan yang lebih baik.

    Terima kasih kerana sudi untuk menyanyikan lagu ‘Hamba Cinta’.

    Saya setuju bahawa penghayatan kami berdua memang berbeza.

    Kelly mungkin jauh ke hadapan, saya pula mungkin tidak terlalu mendalam.

    Saya rasa, kami berdua harus berjumpa untuk berbincang, saya pun perlu belajar lagi.

    Selain itu, perkara ini turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan bahawa lagu tersebut telah ‘dirosakkan’.

    Mengulas lebih lanjut, dia turut menasihati peminatnya agar bertenang dan menitikberatkan soal adab, terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

    Kepada peminat saya, jangan kecam dan jangan kata dia merosakkan lagu saya.

    Kalau tak suka, skip sahaja.

    Jaga pertuturan di bulan Ramadan ini.

    Saya juga tidak terasa, saya berterima kasih.

    Cuma saya nak tahu apa maksud Kelly terhadap penghayatan kita berbeza?

    The post ‘Penghayatan & Vokal Adalah Subjektif, Jangan Kata Kelly Azman Rosakkan Lagu Saya’ – Syamel first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah