34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengesahan Tuntutan Lafaz Taklik Along Cham & Isteri Ditangguh – ‘Berlaku Kekeliruan Berkaitan Dokumentasi’

    Shopee Sale



    Along Cham

    Kes pengesahan tuntutan lafaz cerai taklik melibatkan pelawak dan pelakon iaitu Along Cham dan isteri, Afreena Suhaimi masih belum menemui titik noktah apabila mahkamah memutuskan untuk menangguhkan prosiding tersebut.

    Tangguh 8 Mei

    Along Cham

    Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi selepas mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad selaku plaintif.

    Sehubungan itu, Hakim Nazri memutuskan satu tarikh baharu bagi perbicaraan seterusnya bertarikh 8 Mei hadapan.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

    MENARIK:  Muhammad Luth Syauqi Disahkan Meninggal Dunia, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak – ‘Hilang Sudah Kesakitannya’

    Dakwa Along, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.

    Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah