26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Pendek ‘Tak Terjawab’ Lakonan Anna Jobling Bikin Penonton Menangis

    Shopee Sale

    Lakonan hebat aktres Anna Jobling menerusi filem pendek Aidilfitri 2026 terbitan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berjudul Tak Terjawab mengundang sebak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Love Or Gold? Saya Pilih Cinta Sejati’ – Anna Jobling

    Menyenyuh hati

    Filem pendek itu bukan sekadar menyajikan kisah menyentuh hati tentang kehilangan dan pencarian makna hidup, malah menjadi medium refleksi terhadap mesej kelestarian serta kesedaran penggunaan tenaga secara berhemah.

    Selain Anna, filem pendek Tak Terjawab turut menampilkan pelakon Julia Farhana dan Muhsin Nadzli

    Menariknya, kemuncak naskhah ini turut menampilkan kemunculan istimewa Fadillah Yusof selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

    Naratif Tak Terjawab disusun dengan elemen kehidupan seharian yang dekat di hati masyarakat, termasuk babak keprihatinan sesama insan yang mengangkat kepentingan gaya hidup lestari.

    MENARIK:  [FOTO] ‘One Step Closer’- Atiq Azman, Alia Kerul Bertunang

    Lebih menarik, beberapa individu dalam kalangan pentadbiran turut menyerlahkan bakat lakonan termasuk Abdul Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri, Mad Zaidi Mohd Karli selaku Ketua Setiausaha, serta Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.

    Menurut PETRA, Tak Terjawab diharap dapat memberi kesan mendalam kepada penonton bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi juga dalam meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar dan penggunaan tenaga secara bijak.

    Tak Terjawab kini boleh ditonton menerusi saluran rasmi YouTube, Facebook dan Instagram PETRA.

    The post Filem Pendek ‘Tak Terjawab’ Lakonan Anna Jobling Bikin Penonton Menangis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah