27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pengalaman Kehilangan Barang Peribadi Ketika Melancong’ – Awal Ashaari

    Shopee Sale



    Pelakon dan pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa ralat apabila bagasi yang berisi barangan peribadi berharga miliknya dan isteri, Scha Alyahya ketika melancong ke Milan, Itali telah hilang.

    Terlalu pahit untuk kami

    Menurut Awal, barang di dalam bagasi tersebut menyimpan pelbagai makna sentimental buatnya dan isteri, seperti cincin perkahwinan.

    Ketika melancong, kami pernah kehilangan banyak barangan peribadi. Masa itu memang gigit jari. Benda itu terlalu pahit dan sakit untuk kami. Kerugian terlalu banyak sebab kami kehilangan barangan sentimental seperti cincin kahwin, jam sempena ulang tahun, hari jadi dan sebagainya.

    Saya dan Scha suka hadiahkan barangan seperti jam, cincin, gelang dan sebagainya bila sambutan ulang tahun perkahwinan. Iyalah, benda yang ada nilai sentimental, semuanya hilang. Perkara ini terjadi dua tahun lalu dan kerugiannya sangat besar tak terhingga.

    Kami sampai satu tahap bila pandang antara satu sama lain, boleh menangis.

    Ujar Awal lagi, dia tidak menyangka bagasi tersebut berjaya dicuri meskipun sudah menjaganya dengan teliti. Jelas Awal, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mereka sedang menjamu selera di sebuah kafe di Milan.

    Apabila dapat pergi melancong selepas pandemik Covid-19, kami jadi teruja jadi kami bawa semua sebab nak pergi ‘fashion week’. Kami mahu pakai semuanya. Barang kemas yang dibawa pula berjenama, misalnya kalau pergi acara Cartier, kami mahu pakai Cartier.

    Jadi, kami bawa semua koleksi dalam satu bagasi, namun bagasi ini yang hilang. Kami melancong kami bawa banyak bagasi. Setiap kali melancong kami boleh usung antara lapan sehingga 10 beg. Saya pula letak semua barangan peribadi dalam satu beg.

    Beg ini hanya berada di sebelah saya ketika berada di kafe berkenaan. Saya sedang minum kopi, pandang balik tengok beg sudah tiada. Dia macam tahu kenapa beg ini sentiasa dekat dengan saya, jadi memang sasarkan beg ini.

    Berbiacara lebih lanjut, Awal memberitahu dia tidak boleh membuat laporan polis kerana tidak mempunyai bukti dan dalam masa sama perlu menaiki kereta api ke Paris untuk ke acara seterusnya.

    Saya tak boleh buat laporan polis sebab tiada insurans, bukti dan sebagainya sebab nak periksa CCTV pun tiada siapa nak layan. Ia terjadi 10 minit sebelum kereta api terakhir dari Milan ke Paris, kalau tertinggal kami akan terlepas acara esoknya.

    MENARIK:  Terima Kasih Bekas Suami Kerana Melawat Anak-Anak Selepas Sunat

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah