28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penceroboh Rumah Jungkook BTS Dibawa Ke Pendakwaan

    Shopee Sale

    Salah seorang wanita yang menceroboh rumah ahli kumpulan K-pop BTS iaitu Jungkook telah dibawa ke pengadilan untuk tindakan undang-undang.

    Penceroboh diambil tindakan

    Memetik laporan Koreaboo, kejadian pertama dilakukan oleh seorang wanita Korea berusia 40-an apabila dia menceroboh kawasan tempat letak kereta rumah Jungkook di Yongsan Ward, Seoul, sekitar jam 11:20 malam pada 30 Ogos. 

    Pihak polis menerima panggilan mengenai insiden tersebut dan segera ke lokasi sebelum membuat penahanan terhadap tertuduh.

    Menurut pihak polis, pada 22 Oktober, kes tersebut telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya pada 14 Oktober di bawah pertuduhan pencerobohan dan melanggar undang-undang anti-stalking.

    Dalam insiden berasingan, seorang wanita China berusia 30-an mengunjungi rumah Jungkook pada waktu malam pada 11 Jun, iaitu hari Jungkook dibebaskan daripada khidmat tentera. 

    MENARIK:  [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

    Wanita itu dilaporkan cuba menekan papan kekunci pintu berkali-kali sebelum pihak polis tiba dan menahannya di lokasi kejadian. 

    Menurut wanita itu, dia datang ke Korea dari China untuk bertemu Jungkook.

    Bagaimanapun, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Seoul, memutuskan untuk tidak menjatuhkan pertuduhan memandangkan wanita China itu tidak berjaya menceroboh rumah Jungkook dan dianggap berisiko rendah untuk mengulangi perbuatan tersebut kerana telah kembali ke negara asalnya.

    Kedua-dua insiden ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan privasi Jungkook. 

    Peminat berharap agar tindakan undang-undang yang lebih tegas diambil agar kejadian seumpama ini dapat dielakkan dan dijadikan pengajaran kepada pihak lain.

    Sumber: Koreaboo

    The post Penceroboh Rumah Jungkook BTS Dibawa Ke Pendakwaan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah