Pempengaruh, Muhammad Iman Hazriq Azizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur dalam kejadian pada Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’
Mengaku tidak bersalah

Memetik laporan Sinar Harian, pempengaruh berusia 23 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah kediaman di Jalan Tiong, Taman Kangar pada 17 Jun lepas.
Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 30 tahun serta sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.
Difahamkan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM13,000 bersama seorang penjamin.
Selain itu, beberapa syarat tambahan turut dikenakan, antaranya tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang daripada mengganggu mangsa dan mana-mana saksi pihak pendakwaan sepanjang prosiding kes masih berjalan.
Kes berkenaan akan disambung pada 14 Ogos depan.
Sumber: Sinar Harian
The post Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Perempuan Bawah Umur first appeared on OHBULAN!.





