Pelakon Scha Elinnea mendedahkan pernah melalui pengalaman tidak selesa akibat isu bau badan rakan pelakon ketika penggambaran, namun memilih untuk mengutamakan profesionalisme berbanding menegur secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Isu Bau Badan Di Set Penggambaran, Netizen Petik Nama Daniel Fong – ‘Saya Pakai Deodoran’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Aqil Tepis Dakwaan Bau Badan – ‘Bukan Kami’
‘Bau badan adalah normal’

Ketika ditemui , Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, menjelaskan bahawa situasi seperti itu sebenarnya adalah sesuatu yang biasa dalam dunia penggambaran, terutamanya apabila melibatkan penggambaran luar yang terdedah kepada cuaca panas.
Bagi saya bau badan ni adalah normal, kita tak boleh nak kata orang tu busuk atau apa. Bau badan tu memang ada di set penggambaran.
Saya pun pernah berdepan dengan situasi itu, sebab kadang-kadang penggambaran di luar dengan cuaca panas dan sebagainya. Tapi nak buat macam mana.
Saya rasa mereka yang ada bau badan pun tahu je badan dia berbau, tapi mungkin tak ada apa yang dia boleh buat.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
‘Kena jadi professional’

Sebaliknya pelakon drama Mr.Grey itu juga berkata dia mengambil pendekatan untuk bersikap profesional dan enggan mencampuri urusan orang lain ketika di set.
Tak akan lah kita nak pergi tegur orang tu kata badan dia berbau. Jadi kita tutup hidung je lah dan teruskan penggambaran. Kena jadi professional.
Saya ada banyak perkara lain nak difikirkan. Kalau terlalu fokus pada bau badan orang, ia akan ganggu mood saya.
Tambah Scha, bukan semua orang mampu menerima teguran dengan baik, dan dia sendiri lebih selesa mengelak daripada mencetuskan salah faham atau ketegangan antara rakan pelakon.
Pada pendapat saya, tak semua orang boleh terima teguran. Macam saya ambil pendekatan untuk tidak menegur. Saya tak mahu disebabkan teguran saya, orang terasa hati atau bermasam muka.
Manusia tak ada yang sempurna. Baulah macam mana pun saya okay,
Dalam masa yang sama, Scha turut berkongsi rutin peribadinya yang menekankan penampilan dan kebersihan diri sepanjang berada di lokasi penggambaran.
Setiap kali tukar baju di set, saya akan sembur minyak wangi dari atas sampai ke bawah. Saya sendiri pun tak selesa kalau tak wangi. Lagipun, kita kena jaga kebersihan dirii.
Sebelum ini, pelakon Harissa Adlynn pernah menyuarakan rasa tidak selesa terhadap seorang rakan pelakon yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri, sehingga menimbulkan masalah bau badan ketika berada di set penggambaran.
Kenyataan itu kemudian tular dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi tentang identiti pelakon yang dimaksudkan.
The post [VIDEO] Scha Elinnea Profesional, Tak Sampai Hati Tegur Bau Badan Pelakon – ‘Manusia Tak Sempurna, Baulah Macam Mana Pun Saya Okay’ first appeared on OHBULAN!.





