29.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’ 

    Shopee Sale

    Seorang pempengaruh media sosial, telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes dakwaan rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur.

    Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

    Artikel Berkaitan: Kejam! Bayi 9 Bulan Kritikal, Dirog*l Saudara Sendiri Berusia 12 Tahun Di Bangsal Zink

    Rogol & merakam gambar pronografi

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop memaklumkan, Majistret Ana Rozana Mohd Nor telah mengeluarkan perintah reman itu terhadap lelaki berusia 23 tahun tersebut hari ini.

    Menurut Yusharifuddin, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada 17 Jun lalu selepas suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu didakwa membawa mangsa ke sebuah rumah sewa.

    Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu.

    Tambah Yusharifuddin, mangsa berusia 14 tahun tersebut dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah hari ini.

    MENARIK:  Kereta Shakilla Khoriri Disondol dari Belakang, Lelaki Bonceng Motosikal Minta 'Selfie' - Tanyakan Jika Dia Artis

    Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Sumber: Sinar Harian 

    The post Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah