Pelakon, Anzalna Nasir mengakui berpuas hati dengan berat badan yang dimiliki sekarang walaupun mengalami pertambahan berbanding sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Bayar Shopping Sendiri Tapi Bila Suami Nak Belanja..Terambil Juga’ – Anzalna Nasir
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Fokus Kejar Ketenangan Hidup – ‘Tak Nak Berhutang & Komitmen Yang Terlalu Tinggi’
Berat badan
View on Threads
Menurut Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, meskipun berat badannya kini sudah bertambah, namun masih ada yang menganggap fizikalnya kecil.
Saya rasa saya sebenarnya sangat berpuas hati dengan berat badan saya sekarang.
Saya dah naik berat badan, tapi setiap kali jumpa orang tetap orang cakap, ‘kecilnya awak!’.
Berkongsi lanjut, Anzalna mengakui sudah puas melalui fasa badan terlalu kurus sehingga menyukarkannya mencari pakaian.
Tambah Anzalna, peningkatan berat badan kali ini turut memudahkannya ketika membeli-belah kerana tidak lagi perlu lagi mengecilkan saiz pakaian.
Saya dah puas jadi kurus dulu zaman shooting sampai semua baju saya beli size XS pun masih kena betulkan sebab longgar.
Sekarang baru merasa badan naik sikit. Gembira juga bila membeli-belah, dapatlah merasa baju yang tak perlu dibetulkan lagi, ia sangat sesuai dengan tubuh saya.
Sumber: Threads
The post Anzalna Nasir Puas Hati Berat Badan Naik – ‘Dulu Baju Saiz XS Pun Kena Alter’ first appeared on OHBULAN!.





