Pengacara dan penceramah motivasi Amin Idris, tampil menjelaskan tentang tindakan segelintir individu yang mengambil gambar atau merakam video ketika menghadiri proses pengebumian.
Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris
Ambil gambar di pusara

Menerusi hantaran di Threads, Amin menjawab persoalan seorang individu yang bertanya sama ada menjadi satu kesalahan atau tidak sekiranya dia merakam proses pengebumian untuk memberikan makluman kepada rakan-rakan.
Menurut Amin, tiada keperluan untuk merakam ketika pengebumian sekiranya tujuan hanya sekadar mahu memaklumkan kepada kenalan.
Pertama, tiada keperluan untuk rekod. Kalau nak beritahu rakan, cukup sekadar beritahu. Tiada gambar pun tak mengapa. Apatah lagi jika keluarga tidak izinkan. Itu hak mereka.
Tambah Amin, individu yang hadir ke pengebumian seharusnya mendoakan keampunan buat arwah, selain mengambil pengajaran daripada kematian.
Tanggungjawab kita yang hadir ke pengkebumian adalah doakan pengampunan untuk si mati dan menginsafi suatu hari kita juga akan mati. Bukan ambil video dan gambar.
Walau bagaimanapun, Amin berkata, sekiranya kematian tersebut melibatkan ahli keluarga sendiri, mengambil gambar atau video tidak menjadi masalah selagi perkara tersebut tidak dijadikan sebagai tujuan utama hadir ke pengebumian.
Melainkan kalau keluarga kita sendiri meninggal, kita nak ambil gmbr atau video, silakan. Tapi jangan sampai itu jadi agenda utama.
Sumber: Threads
The post Amin Idris Perjelas Tujuan Hadir Ke Pengebumian, Bukan Sekadar Ambil Gambar & Video first appeared on OHBULAN!.





