30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelanggan Rembayung Dapat Dua Kali Ikan Bawal Kurang Masak, Minta Khairul Aming Perketat QC Makanan

    Shopee Sale

    Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, iaitu Khairul Aming, apabila hidangan ikan bawal yang diterimanya keras dan tidak dimasak dengan sempurna.

    Artikel Berkaitan: ‘Yang Pernah Makan Rembayung, Ada Tak Cara Senang Dapat Slot’ – Haliza Maysuri

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Berhati Mulia Belanja Pengawal Keselamatan Makan di Rembayung, Netizen Tersentuh

    Staf kawal masalah dengan baik

    Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik akaun Amir Car Specialist berkongsi pengalaman kurang memuaskan apabila menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesannya masih keras.

    Menurut individu tersebut, walaupun pihak kakitangan segera menukar hidangan berkenaan, tetapi ikan bawal kedua yang diterimanya masih lagi tidak dimasak dengan sempurna.

    Saya kecewa hari ini datang ke restoran Rembayung.

    Pertama sekali, ikan bawal itu masih dalam keadaan keras.

    Minta staf tukarkan yang baru, masih sama, ikan itu tidak masak.

    Namun begitu, individu berkenaan tetap memuji sikap profesional serta kecekapan pihak staf dalam mengendalikan situasi tersebut.

    MENARIK:  ‘Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah’ – Bapa Zayn Rayyan

    Dalam pada itu, dia berharap aspek kawalan kualiti (QC) makanan dapat dipertingkatkan agar kejadian sama tidak berulang dan tidak menjejaskan pengalaman pelanggan lain.

    Tapi, saya puji cara semua staf kawal masalah ini dengan baik.

    Hanya nak tegur cara QC makanan, supaya selepas ini tiada pelanggan lain terkena benda yang sama.

    Sumber: TikTok Amir Car Specialist

    The post Pelanggan Rembayung Dapat Dua Kali Ikan Bawal Kurang Masak, Minta Khairul Aming Perketat QC Makanan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah