
Bintang-bintang filem Blood Brothers bakal menjelajah beberapa bazar Ramadan terpilih untuk bertemu dengan para peminat.
Blood Brothers Jelajah Enam Lokasi Bazar Ramadan

Primeworks Studios (PWS) dan Skop Productions membawakan pengalaman ekslusif buat para peminat untuk bertemu secara dekat dengan barisan pelakon filem aksi ini.
Selain bertemu selebriti kegemaran mereka, peminat juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif, mendapatkan merchandise edisi khas, dan memenangi tiket ke Gala Premiere Blood Brothers!
Sebagai sebahagian daripada kempen promosi filem ini, Blood Brothers akan menjelajah enam lokasi bazar Ramadan terpilih untuk bertemu dengan peminat. Roadshow ini akan bermula pada:
– 15 Mac 2025 – Bazar Ramadan Dataran Karnival, Shah Alam
– 16 Mac 2025 – Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya
Dalam siri jelajah ini, peminat berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan barisan pelakon Blood Brothers melalui sesi meet & greet, mengambil swafoto, serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.
Hadiah Eksklusif Menanti Anda!

Apa yang lebih menarik, peminat yang berjaya menemui barisan pelakon Blood Brothers di bazar terpilih akan menerima sampul raya khas dengan kod QR eksklusif untuk menyaksikan trailer istimewa filem ini.
Selain itu, peminat juga boleh mencuba nasib dengan cabaran “Spin the Wheel” untuk memenangi tiket percuma ke Gala Premiere atau membawa pulang merchandise edisi khas!
Sertai #MyBloodBrothersChallenge dan Menang Tiket Gala Premiere! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini dengan menyertai #MyBloodBrothersChallenge!
– Kongsi gambar anda di Instagram
– Tag @primeworksstudios.film dan @skopofficial__
– Gunakan hashtag #MyBloodBrothersChallenge
Geng paling hebat akan berpeluang memenangi barangan eksklusif dan berjalan di karpet merah bersama pelakon Blood Brothers di acara penuh prestij, Gala Premiere Blood Brothers!

Jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terbaru mengenai Blood Brothers dengan mengikuti media sosial rasmi iaitu @skopofficial__ dan @primeworksstudios.film
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman eksklusif ini! Nantikan aksi dan kejutan menarik yang bakal menghangatkan Ramadan anda bersama Blood Brothers!





