Semalam, seorang pelajar kelainan upaya di sekolah Nak Nava Upatham, Thailand ditahan selepas didakwa menikam rakan sekelasnya hingga mati.
Jadi mangsa buli
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan The Star, mangsa dikatakan sering membuli suspek, malah sebelum kejadian saksi memberitahu bahawa mereka melihat mangsa mengusik suspek ketika sedang memasuki kelas yang berada di aras dua.
Suspek merupakan seorang pelajar yang pendiam namun secara tiba-tiba dia mengeluarkan pisau buahnya dan menikam leher mangsa.
Remaja lelaki itu cuba melarikan diri ke bawah, tetapi suspek tetap mengejar dan menikamnya di sebelah leher kanan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai di stadium bola keranjang.
Melihat kejadian tersebut, kakitangan sekolah bergegas untuk merawat dan memastikan mangsa terus menyedarkan diri manakala yang lain cuba mengawal suspek.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Vibharam, namun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Klong Tan untuk disoal siasat di hadapan ibu bapanya dan pekerja sosial dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia.