26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam Sahkan Diana Danielle Nekad Mahu Bercerai – ‘Semalam Dia Bagi Arahan Untuk Proceed Terus’

    Shopee Sale



    Peguam syarie yang mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa aktres itu akan memfailkan perceraian dalam masa terdekat.

    Terima arahan Diana

    Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk ‘proceed’ (failkan rujuk dan perceraian).

    Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja.

    Dalam masa yang sama, Akberdin memberitahu bahawa pihaknya kini sedang di dalam proses untuk mengambil tindakan yang seterusnya.

    Dia (Diana) memang sudah tekad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertindak. Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus.

    Walau bagaimanapun, Akberdin enggan berkongsi tentang punca perceraian tersebut namun akan memaklumkannya kemudian.

    Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak sukar nak dijelaskan. Arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’.

    Semalam, pelakon filem Imaginur itu membuat mengumuman mengejutkan menerusi hantaran di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bercerai buat kali kedua dengan suaminya, aktor Farid Kamil.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik Epal Terharu Kawan Baik Beri Hadiah Beg Tangan Jenama Mewah – ‘Anas Dari Dulu Pemurah’

    Terdahulu, selepas 11 tahun berkahwin, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

    Bagaimanapun, pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah