25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pakar Jelaskan Kenapa Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Tak Sepatutnya Ada Media Sosial! Ini Sebabnya…

    Shopee Sale

    Sekarang ni, budak sekolah rendah pun dah ada akaun TikTok sendiri, siap tahu trend viral lagi! Tapi sedar tak sebenarnya kanak-kanak bawah 13 tahun tak sepatutnya pun guna dan ada media sosial?

    Menurut Prof Madya Dr. Fauziah Mohd Saad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia merangkap Pakar Psikologi Kaunseling di UPSI, ada sebab penting kenapa umur ni dianggap terlalu muda untuk dunia digital. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis…

    Mudah ketagih & terpengaruh dengan konten yang tak sesuai

    Dr. Fauziah menjelaskan bahawa kanak-kanak di usia ini masih belum cukup matang untuk mengawal emosi dan menilai bahaya di ruang digital.

    Platform seperti TikTok dan YouTube pula menggunakan algoritma yang direka untuk mengekalkan perhatian pengguna melalui video pendek dan hiburan segera.

    Akibatnya, mereka mudah ketagih, cepat hilang tumpuan, dan kurang berminat terhadap pembelajaran sebenar. Lebih membimbangkan, pendedahan terlalu awal boleh menjejaskan kesihatan mental termasuk rasa cemas, kemurungan, serta masalah imej diri akibat perbandingan sosial yang tidak realistik.

    Bahaya eksploitasi digital terhadap kanak-kanak makin meningkat

    Tambah Dr. Fauziah, menurut laporan UNICEF dan Polis Diraja Malaysia menunjukkan peningkatan kes eksploitasi seksual digital seperti grooming dan sextortion kini semakin membimbangkan di Malaysia. Ramai mangsa tak sedar mereka sedang diperdaya kerana menyangka sedang berkawan dengan individu yang dikenali dalam talian.

    Disebabkan itu, beliau menyarankan ibu bapa untuk mengamalkan kelewatan digital iaitu menangguhkan pendedahan anak terhadap media sosial sehingga mereka benar-benar bersedia dari segi emosi dan mental.

    MENARIK:  [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’

    Langkah ini bantu anak-anak membina kemahiran sosial dan keyakinan diri di dunia sebenar tanpa tekanan dunia maya.

    Undang-undang baharu lindungi pengguna bawah umur

    Dalam masa sama, pindaan Akta 588 dan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 memperkukuh perlindungan digital kanak-kanak.

    Antara langkah utama termasuk verifikasi umur, perlindungan data peribadi, dan tanggungjawab platform digital untuk memadam kandungan berbahaya dengan segera.

    Teknologi seperti pengecaman wajah dan pengesahan ID boleh membantu memastikan hanya pengguna yang layak dibenarkan mendaftar.

    Namun, menurut Dr. Fauziah, perlindungan ni hanya berkesan jika ada kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan agensi kerajaan dalam mendidik anak-anak tentang keselamatan digital.

    MCMC perkukuh perlindungan digital untuk generasi muda

    Sebagai agensi yang komited memastikan ruang digital di Malaysia lebih selamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat melaksanakan inisiatif di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 termasuk sistem verifikasi umur, laporan kandungan berbahaya yang lebih pantas, serta tanggungjawab platform digital untuk melindungi pengguna bawah umur.

    Semua ni bagi memastikan generasi muda kita boleh meneroka dunia digital dengan lebih selamat dan terkawal.

    Jadi, semua perlu ambil tahu lebih lanjut tentang langkah keselamatan digital yang diperkenalkan MCMC di http://www.mcmc.gov.my.

    #SelamatBersamaMCMC #KeselamatanDigital #LindungiAnakKita

    The post Pakar Jelaskan Kenapa Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Tak Sepatutnya Ada Media Sosial! Ini Sebabnya… first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah