Pelakon Haneesya Hanee membuat keputusan untuk kembali menggunakan nama asal, Syarifah Haneesya, selepas sekian lama menggunakan nama pentas.
Haneesya tukar nama pentas

Ketika ditemui , Haneesya memberitahu keputusan itu lahir selepas mendapat nasihat daripada ibunya yang menyarankan supaya kembali kepada nama keluarga.
Mami yang cakap, nak tak pakai balik nama tu? Kadang-kadang orang kata ada nama yang kita tak boleh nak carry. Bila mak dah sebut, saya anggap itu hint daripada Allah. Saya solat, fikir betul-betul akhirnya saya nekad tukar.
Haneesya mengakui pada awalnya dia bimbang kerana nama lamanya sudah dikenali ramai, namun selepas membuat perubahan itu, hidupnya terasa lebih tenang.
Masya-Allah, bila lepas tukar nama tu, saya rasa macam hidup kembali. Rasa macam lahir orang baru, padahal itu memang nama betul saya.
Lebih menyentuh hati, Haneesya turut mendedahkan sebab utama dia tidak mahu menggunakan nama keluarga sebelum ini adalah kerana hubungannya dengan ayah yang tidak pernah membesarkannya.
Waktu tu saya tak nak bawa nama keluarga sebelah ayah. Sebab ayah tak pernah besarkan saya, dia memang tak ada in the picture langsung.
Jadi saya rasa macam, buat apa aku nak kena naikkan nama famili orang ni? Baik aku fokus je nama yang mak aku bagi. So my mom bagi nama Haneesya.
Malah, pelakon ini juga tidak menafikan nama ‘Haneesya Hanee’ membawa kenangan pahit dalam hidupnya.
Nama Hanesya Hanee orang kenal sebagai gadis jahat, nakal, liar, yang buat dosa dan confirm masuk neraka. Semua yang buruk tu ada pada Haneesya Hanee.
Apa pun yang saya buat, orang tetap tak nampak. Sebab tu saya fikir, kalau orang tak hargai Haneesya Hanee, saya kembali ke nama asal saya, Syarifah Haneesya.
The post ‘Dulu Orang Kenal Saya Jahat, Liar..Buat Dosa & Confirm Masuk Neraka’ – Haneesya Buka Buku Baru, Pilih Guna Nama Asal first appeared on OHBULAN!.





