Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menyeru sebahagian guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) supaya memahami bahawa bayaran yang diterima daripada kerajaan adalah bersifat elaun tambahan dan bukannya gaji bagi perjawatan tetap.
Artikel Berkaitan: Suntikan Vaksin Covid-19 Tidak Membatalkan Puasa
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Agaknya Jumpa Izrail’ – Mufti Kelantan Kongsi Pengalaman Pulih Covid-19
Gaji guru kafa

Menurut Ahmad Fauwaz, kefahaman itu penting supaya para pendidik agama tidak berasa dizalimi atau menganggap kadar ganjaran berkenaan sebagai satu bentuk penganiayaan.
Saya melihat sebahagian guru agama tidak berpuas hati dengan ganjaran Kafa yang dikatakan rendah.
Sebenarnya pemberian kepada guru Kafa adalah bersifat elaun dan untuk membantu guru guru Kafa melengkapkan kehidupan mereka.
Guru Kafa sangat istimewa, mereka boleh banyak melakukan kerja kerana tidak terikat sebagai staf tetap.
Mereka boleh menjadi imam, bilal, mengajar al-Quran dan banyak lagi kerja untuk menambahkan pendapatan mereka.
Kefahaman sebegini penting agar kita tidak rasa ia satu kezaliman.
Berkongsi pengalaman peribadi, Ahmad Fauwaz menjelaskan dia pernah berkhidmat sebagai guru takmir yang mempunyai skop tugasan hampir sama dengan guru KAFA sekali gus memahami mereka yang berada dalam bidang itu.
Ahmad Fauwaz berpandangan tidak salah untuk mengharapkan kadar elaun yang tinggi namun persepsi dianiaya perlu dielakkan memandangkan terdapat pelbagai saluran sokongan lain daripada komuniti setempat.
Kita boleh mengharapkan elaun yang tinggi, namun kita tidak boleh terasa teraniaya kerana kadang-kadang pihak masjid pun ada memberi duit tambahan ketika kita mengajar.
Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan elaun asas sebanyak RM1,100 sebulan kepada guru KAFA.
Selain itu, sesetengah kerajaan negeri turut menyalurkan elaun tambahan berdasarkan kemampuan kewangan dan dasar masing-masing.
Sumber: Facebook
The post ‘Pemberian Kepada Guru Kafa Bersifat Elaun, Tidak Terikat Sebagai Staf Tetap’ – Mufti Wilayah Persekutuan first appeared on OHBULAN!.





