30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang Tanya Macam Mana Tahan Duduk Dengan Mentua? Saya Anggap Macam Mama Papa Sendiri’ – Atikah Suhaime

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime tampil menjawab persoalan netizen yang bertanya mengapa dia masih memilih untuk tinggal bersama keluarga mentua walaupun sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Amuk ‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Ikan Pari Bisa Badan – ‘Kalau Tak Awet Muda, Saya Tak Perlukan Nasihat Awak’

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

    Duduk dengan mentua

    Menerusi hantaran di TikTok, Atikah, 34, menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor rindu terhadap keluarganya di Singapura, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan.

    Jelas Atikah, dia tidak pernah berasa kekok tinggal bersama mentua kerana menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri.

    Saya masih duduk dengan mentua walaupun sudah ada anak. Mungkin sebab saya rindu keluarga di Singapura.

    Jadi keluarga mentua ini adalah pengubat rindu. Kalau Ramadan, tidaklah terasa sangat sedih berjauhan daripada mama dan papa.

    Ada orang tanya, macam mana boleh tahan duduk dengan mentua? Saya anggap mentua macam mama dan papa saya sendiri.

    Kalau mama dan papa saya tegur, saya tak terasa hati. Jadi bila mentua tegur pun, saya jarang terasa.

    Dalam masa sama, Atikah turut berkongsi kelebihan tinggal bersama keluarga mentua, termasuk dalam urusan rumah tangga bersama suami.

    Lagi satu, kalau suami saya degil atau nakal, saya terus mengadu dengan mentua. Mentua akan terus tegur suami.

    Atikah turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan mentua yang baik serta memahami, selain menyifatkan suasana Ramadan lebih bermakna apabila diraikan bersama keluarga besar.

    Alhamdulillah, rezeki saya dapat mentua yang baik. Lagipun sunyi kalau Ramadan hanya saya dan suami sahaja.

    Mungkin juga sebab dari kecil saya sudah biasa dengan suasana Ramadan yang meriah, ada adik-beradik, atuk, nenek, mama, papa, mak cik dan pak cik semua.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  ‘Nak Kata Pulih Sepenuhnya Tidak, Masih Perlu Berhati-Hati’ – Awie

    The post ‘Orang Tanya Macam Mana Tahan Duduk Dengan Mentua? Saya Anggap Macam Mama Papa Sendiri’ – Atikah Suhaime first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah