29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #BabyXTRA: Dari Pengorbanan Hingga Cara Disiplinkan Anak, Intan Ladyana Kongsi Realiti Bergelar Ibu

    Shopee Sale

    Bergelar ibu bukan sekadar membawa perubahan kepada rutin harian, malah turut membuka satu sisi kehidupan yang mungkin sukar difahami sebelum memiliki cahaya mata sendiri.

    Daripada soal masa, kesabaran hinggalah cara mendidik anak, setiap fasa hadir bersama pengalaman dan cabaran tersendiri.

    Perkara sama turut dirasai pelakon, Intan Ladyana yang kini semakin memahami erti pengorbanan selepas melalui sendiri kehidupan sebagai seorang ibu.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Kejayaan Bukan Sekadar Apa Yang Kita Miliki’ – Intan Ladyana Pilih Seimbangkan Dunia, Akhirat

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Masih Dipanggil Nama Watak Sampai Hari Ini, Intan Ladyana Terharu Peminat Tak Lupa Filem ‘Adnan Sempit’ & ‘Bini-Biniku Gangster’

    Lebih Faham Soal Pengorbanan Ibu

    Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, Intan berkongsi sedikit sebanyak mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, termasuk pengorbanan yang semakin dirasainya selepas memiliki anak.

    Menurut Intan, pengalaman bergelar ibu membuatkan dirinya semakin memahami betapa besarnya pengorbanan seorang wanita terutama dari segi masa.

    Bila dah jadi ibu ni baru saya faham pengorbanan daripada segi masa. Semua kita korbankan untuk anak-anak, walaupun perkara kecil.

    Anak Lebih ‘Gerun’ Dengan Bapa

    Dalam mendidik anak-anak, Intan mengakui tegurannya kadangkala tidak begitu memberi kesan meskipun dia cuba bertegas.

    MENARIK:  Angel Dolla Terharu Peminat Tidak Putus Beri Sokongan Ketika Nama Terpalit Kontroversi Amir Ahnaf

    Namun situasinya berbeza apabila suaminya menunjukkan ketegasan.

    Kalau saya jadi ibu yang garang pun mereka tak kisah. Dah pujuk macam mana pun tetap begitu.

    Tapi kalau Haris tengok saja sekali, dah boleh nangis dan diam. Bapa dia jarang nak marah ni, guna mata saja sekali ‘jegil’ terus diam.

    Hadkan Penggunaan Gadget

    Dalam masa sama, Intan turut mengambil pendekatan tersendiri dalam mengawal penggunaan gadget dalam kalangan anak-anak.

    Tidak menghalang sepenuhnya, pelakon itu memilih untuk memberikan gadget hanya pada waktu tertentu.

    Saya bagi anak-anak saya bermain gadget bila waktu makan saja. Masa lain bagi anak-anak bebas bermain.

    Mahu Anak Membesar Jadi Insan Berguna

    Seperti ibu bapa lain, Intan juga menyimpan harapan besar terhadap masa depan anak-anaknya.

    Lebih daripada pencapaian tertentu, apa yang diinginkannya adalah supaya mereka dapat membesar dengan baik dan menjadi individu yang memberi manfaat kepada orang lain.

    Harapan besar untuk anak-anak, biasalah mak-mak untuk anak mesti mendoakan mereka membesar dengan baik, menjadi insan yang berguna.

    The post #BabyXTRA: Dari Pengorbanan Hingga Cara Disiplinkan Anak, Intan Ladyana Kongsi Realiti Bergelar Ibu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah