
Perkongsian di Instagram milik Datin Rebecca Nur Al Islam menyorot perhatian apabila pelakon itu memuat naik gambar bersama abang sulungnya.
Suami bonda?

Menerusi hantaran itu, Rebecca dan abangnya mengenakan baju sedodon berwarna ‘pink belacan’.
Difahamkan, foto tersebut diambil ketika mereka berbuka puasa bersama-sama pada 1 Ramadan lalu.
Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, aktres berusia 38 tahun itu hanya menulis ‘adik dan abang long’ beserta emoji hati berwarna putih.
Pun begitu, lain pula yang menjadi topik bualan wargamaya di ruangaan komen apabila ramai mendakwa lelaki tersebut merupakan suami baharu kepada usahawan, Rozita Ibrahim.
Hal ini kerana, Rozita dikhabarkan sudah bernikah dengan abang kepada Rebecca.
Malah, ada yang mendakwa, lelaki tersebut merupakan orang yang sama pernah muncul dalam video dikongsikan Rozita.
Kata netizen lagi, sekiranya betul, mereka melihat Rozita dan abang kepada Rebecca sangat serasi serta mendoakan jodoh mereka berpanjangan.
Semalam, anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah menerusi sesi siaran langsung di TikTok mengesahkan ibunya sudah bernikah.





