26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ajai Galak Penyanyi Hasilkan Album, Mahu Pendengar Nikmati ‘Journey’ Sesebuah Karya

    Shopee Sale

    Komposer dan penyanyi, Ajai berpandangan sudah tiba masanya penggiat muzik tempatan kembali menghasilkan album penuh atau EP (extended play) bagi menampilkan kreativiti mereka.

    Ajai galak penyanyi buat album, EP

    Ketika ditemui , Ajai berkata, penghasilan album bukan sahaja memberi peluang kepada pendengar mengenali konsep yang dibawa seseorang penyanyi, malah dapat memperlihatkan perjalanan muzik dan identiti mereka dengan lebih jelas.

    Sekarang ini kita nak galakkan buat album penuh, kalau tidak pun sekurang-kurangnya EP. Sebab bagi saya, kalau berdasarkan satu single, lagu itu tidak melambangkan perjalanan album itu.

    Bila album mempunyai lima atau 10 lagu, barulah kita nampak perjalanan sesebuah album. Kita boleh tahu apa sebenarnya konsep yang dibawakan, konsep muzik yang diketengahkan.

    Tambah Ajai, menerusi album penuh, pendengar juga dapat menilai kepelbagaian karya seseorang penyanyi termasuk dari segi vokal, pemilihan lagu dan repertoir yang ditampilkan.

    Kalau sekadar dia mempersembahkan lagu ballad, kita tak boleh habis kaji. Kita tak boleh tengok keseluruhan vokal atau lagu-lagu yang ada sebab terlalu terhad.

    Tapi kalau datang dengan album penuh, mungkin ada lagu yang kita kurang suka, tetapi ada lagu lain yang lebih menyerlah. Dari situ kita boleh nampak karya yang dipersembahkan dalam sebuah album dan apakah repertoir artis tersebut.

    Oleh hal demikian, pihak label kini perlu menggalakkan penyanyi penghasilan album atau EP.

    Saya rasa lebih adil kepada pendengar supaya mereka dapat merasai dan mendengar perjalanan sesebuah album. 

    Mereka boleh nampak inner cover artis, penghargaan, nama-nama pemuzik yang terlibat, macam zaman dulu.

    Mengulas mengenai kos penerbitan lagu yang semakin meningkat, Ajai berkata perubahan harga produksi juga menjadi antara faktor yang perlu diberi perhatian dalam usaha mengembalikan budaya penghasilan album.

    Kalau dulu bajet satu lagu mungkin sekitar RM3,000 atau RM4,000, sekarang satu lagu boleh mencecah RM10,000, RM15,000 hingga RM20,000.

    Jadi kalau kita kategorikan kepada full album, mungkin kos penerbitan boleh disesuaikan semula. Tidak boleh hanya bergantung kepada single kerana satu lagu boleh menelan kos yang tinggi.

    Dalam perkembangan lain, Ajai menggalas tanggungjawab sebagai ketua juri bagi Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) yang bakal berlangsung pada 26 September depan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. 

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Menimbulkan Tanda Tanya dengan Berkongsi Hantaran Mengenai Rumah Tangga

    AIM25 mempertaruhkan 33 kategori termasuk dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik.

    The post Ajai Galak Penyanyi Hasilkan Album, Mahu Pendengar Nikmati ‘Journey’ Sesebuah Karya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah