Seniwati Ogy Ahmad Daud menegaskan prinsip utama yang dipegang sepanjang perjalanan seninya adalah tidak pernah berkompromi dengan soal mutu kerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Disihir Selepas Berkahwin – ‘Saya Jumpa Patung Muka Saya Ditanam Depan Rumah’
Jaga mutu kerja

Ogy atau nama sebenar Fauziah Ahmad Daud memberitahu, setiap kata-kata yang diucapkannya pasti akan ditunaikan terutama melibatkan urusan kerja.
Berpeganglah kepada mutu kerja, dalam apa jua bidang yang diceburi saya tidak akan berkompromi dengan mutu. Saya tunaikan apa yang saya katakan, jika itu saya cakap maka begitulah yang saya lakukan.
Apabila mutu yang dititiberatkan, maka di situ orang lain akan meletakkan kepercayaan terhadap diri saya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jom Sepetang Bersama Ogy sempena pelantikannya sebagai duta Avocake Pukis & Delight yang berlangsung di UTC Seremban, baru-baru ini.
Bercerita mengenai pelantikan tersebut, Ogy meluahkan rasa syukur kerana masih menerima penghargaan pada usia mencecah 63 tahun.
Saya sangat bersyukur kerana masih diberi kepercayaan pada usia ini. Sudah tentu saya amat terharu. Ini adalah nikmat yang diberikan Allah, dan saya berterima kasih kepada Avocake Pukis & Delight atas penghormatan ini.
Saya menerima tawaran menjadi duta kerana melihat kepada bisnes plan mereka yang tersusun dan dilihat mampu berkembang.
Misi dan visi perniagaan ini juga sangat jelas, itu penting untuk saya. Bukan sebab bayaran semata-mata, saya bukan jenis gelap mata.
Hidangan asli Indonesia

Sementara itu, Pengarah Urusan Avocake Pukis & Delight, Shamsiah Yaakob, berkongsi inspirasi di sebalik penubuhan perniagaan tersebut.
Menu yang kami bawa berasaskan makanan tradisional Indonesia. Idea ini tercetus ketika saya pernah mengajar sebagai pensyarah di sana.
Saya jatuh cinta dengan hidangan dari seberang seperti kuih pukis, sempo, bakso dan minuman avocado. Jadi saya belajar cara penyediaan dan akhirnya berjaya memperkenalkannya di Malaysia.
Untuk pengetahuan, kuih pukis jenama Avocake Pukis & Delight adalah yang pertama di Malaysia. Kami juga mempekenalkan pelbagai variasi rasa pukis antaranya original, coklat, pandan, avocado dan beberapa lagi.
Dalam pada itu, Shamsiah memaklumkan pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan di beberapa lokasi termasuk di Melaka dan Lembah Klang.
UTC Seremban merupakan franchise pertama dan beberapa franchise akan dibuka di beberapa lokasi lain. Seremban akan ada tiga, di Kuala Lumpur dan di Melaka akan dibuka sebanyak empat franchise.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka franchise sangat dialu-alukan dengan modal serendah RM42,000 sahaja untuk satu outlet. Pihak kami juga menyediakan kelas dan yang penting perniagaan ini halal.
The post Ogy Ahmad Daud Tidak Akan Kompromi Soal Mutu Kerja, Syukur Masih ‘Laris’ Pada Usia 63 Tahun first appeared on OHBULAN!.





