24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Berpecah Dek Harta & Dunia, Membesarlah Kamu Dengan Kasih & Sayang Sebagai Saudara’ – Ali Puteh

    Shopee Sale



    Pelawak Ali Puteh memuat naik beberapa gambar anak-anaknya sambil menitipkan pesanan yang sebak menerusi satu hantaran di TikTok.

    ‘Jangan berpecah…’

    Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini meluahkan rasa sedih apabila anak-anaknya perlu membesar dengan kesusahan ibu bapa.

    Mari kita keluar melangkah dari segala kekusutan dan ujian dan terus maju ke depan kerana Allah Maha Adil dan Maha Kaya dan Maha Mendengar.

    Sedih melihat kamu membesar dengan penuh ujian dari walid dan ibu.

    Semoga Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita sekeluarga.

    Menurut adik kepada Allahyarham Abam itu lagi, dia dan isteri akan sentiasa berada di samping anak-anak walau dalam apa jua keadaan.

    Bila kita di bawah, orang tidak akan suka dan tertawa, bila kita di atas juga orang tidak akan pernah diam dan suka melihat kita.

    Selagi ada daya ibu dan walid, akan kami bahagiakan kamu wahai anak.

    Jangan risau jika tiada kawan dan jangan risau jika tiada yg peduli, walid dan ibu sentiasa ada buat kamu wahai anak.

    Menerusi hantaran yang sama juga, pelawak berusia 35 tahun ini menitipkan pesan agar anak-anaknya itu tidak berpecah belah kerana harta dan dunia apabila meningkat dewasa kelak.

    Kakak, abang dan adik, ingatlah pesan ibu dan walid bila kamu besar nanti.

    Jangan berpecah belah dekk kerana harta, jangan berpecah belah dekk kerana dunia.

    Jangan termakan dekk cacian dan makian dari orang, membesarlah kamu dengan segala kasih dan sayang sebagai saudara.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan Ali sekeluarga.

    MENARIK:  Rebut Peluang Memenangi Sebahagian Daripada RM100,000 Kredit Penerbangan

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah