Penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi keadaan rakan selebritinya, Salih Yaacob yang menerima rawatan di Hospital Ampang disebabkan penyakit darah tinggi baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Akui Perlu Hadapi Apa Jua Pilihan Anak-Anak – ‘Kena Juga Hadap, Saya Pernah Tanya, Are You Gay?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Salih Yaacob Buat Shuib Tercengang! Dedah Album ‘Pisang Panas’ Cecah 300k Jualan – ‘Masa Tu Aku Berentap Dengan Ella’
Keadaan Salih Yaacob

Ketika ditemui , Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, memaklumkan keadaan Salih positif meskipun memiliki strok ringan.
Tambahnnya, Salih atau nama sebenarnya Mohammad Salih Yaacob dinasihatkan oleh doktor untuk banyak bergerak ekoran keadaannya yang kerap baring.
Bacaan darah 200 lebih. Isteri dia juga maklumkan dia ada strok ringan.
Yang paling best bila kita melawak, dia gelak. Dia sangat positif walapun dalam keadaan begitu.
Dia baring saja, sebab kaki dia dah tiada otot sangat. Doktor suruh dia banyak bergerak.
Dia terima sahaja siapa-siapa nak datang. Kalau nak melawat, pastikan telefon isteri Salih dahulu.
Selepas keluar hospital saya ingat ramai dah la yang ziarah dia, rupanya dia cakap tiada lagi yang melawat.
Shiera berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.
Dana buat golongan artis veteran

Berkongsi lebih lanjut, Shiera berpendapat golongan artis veteran perlu disediakan dana sumbangan bagi meneruskan kehidupan seharian.
Ujarnya lanjut, Salih juga terbuka menerima sebarang bantuan bagi membantu daripada segi perubatan dan pemeriksaaan lanjutnya di hospital.
Dalam keadaan begini, kita memerlukan duit untuk kehidupan seharian. Dia nak bekerja tapi tak larat. Kadang orang cakap ambil lah dia berlakon, keadaan dia nak pergi itu pun dah tak larat.
Bila nak bangun, pening. Apa kata kalau kita buat dana antara artis sorang RM10.
Dapat lah duit RM500 ke RM600 sebulan. Bukannya minta RM600 sorang.
Siapa-siapa yang dah derma, okay lah. Tapi kalau boleh sediakan tabung untuk golongan artis lama.
Kita sebagai artis, kita tiada duit pencen.
Dia terima untuk menerima bantuan, tapi saya tak sarankan untuk hantar makanan. Banyak jugak makanan yang tak boleh dimakan.
Sekadar info, Salih menerima rawatan di Hospital Ampang ekoran penyakit darah tinggi yang dihidapinya secara tiba-tiba.
Menurut Salih, dia tidak pernah ada sejarah dimasukkan ke hospital kerana sakit.
The post [VIDEO] Sharifah Shahirah Kongsi Keadaan Salih Yaacob, Sumbangan Dialukan Tetapi Bukan Makanan first appeared on OHBULAN!.





