27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NEXZ Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Mei Tahun Depan, Tiket Dijual Bermula 1 Disember

    Shopee Sale

    Berita baik buat semua peminat K-pop! Kumpulan NEXZ bakal menemui peminat di Malaysia pada tahun depan menerusi konsert jelajah Asia pertama mereka.

    NEXZ 1ST ASIA TOUR <SAUCIN’ THE WORLD>

    Kumpulan yang dianggotai tujuh ahli ini bakal mengadakan konsert NEXZ 1ST ASIA TOUR <SAUCIN’ THE WORLD> di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Mei 2027.

    Konsert anjuran JYP Entertainment dengan kerjasama Live Nation itu pastinya menjadi peluang buat peminat menyaksikan sendiri persembahan bertenaga kumpulan berkenaan.

    Selain persembahan berkumpulan, NEXZ juga bakal menampilkan pentas solo setiap anggota yang pastinya mampu menghiburkan setiap penonton yang hadir.

    Sebelum ke Kuala Lumpur, NEXZ terlebih dahulu memulakan jelajah berkenaan menerusi dua persembahan di Olympic Hall, Seoul pada 17 dan 18 Oktober lalu.

    MENARIK:  Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist

    Selain Malaysia, NEXZ turut bakal mengadakan persembahan di beberapa lokasi lain termasuk Jepun, Hong Kong, Taipei dan Singapura.

    Tiket dijual bermula 1 Disember

    Peminat yang memiliki NEX2Y 2ND GENERATION Membership boleh mendapatkan tiket menerusi jualan prajualan pada 1 Disember 2026, bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

    Pemegang kad Mastercard pula boleh mendapatkan tiket pada hari sama, bermula jam 5 petang hingga 11.59 malam.

    Sementara itu, ahli Live Nation boleh mendapatkan tiket menerusi prajualan pada 2 Disember 2026, bermula jam 1 petang hingga 11.59 malam.

    Jualan tiket kepada orang ramai pula akan dibuka pada 3 Disember 2026, bermula jam 1 petang menerusi GoLive Asia.

    The post NEXZ Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Mei Tahun Depan, Tiket Dijual Bermula 1 Disember first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah