Isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri nekad mahu bercerai selepas 22 tahun melayari bahtera bersama.
Tahap reda
Bagaimanapun, kes penceraian mereka terpaksa ditangguhkan pada 5 Mei depan kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci atau haid.
Menerusi temubual bersama , Edika yang masih menyayangi isterinya berkata dia terpaksa akur dengan kehendak isterinya yang mahu dilepaskan.
Tambah aktor berusia 58 tahun itu, Hidayah juga enggan mendapatkan bantuan kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
Saya sudah sampai ke tahap reda. Hari ini saya sedia lafazkan talak, tapi dia tak suci (datang bulan).
Dia sendiri pun tak mahu pergi kauseling, saya dah tak boleh buat apa-apa lagi. Bukan tak pujuk, whatsapp dan panggilan saya tak dibalas.
Sebenarnya sebelum ini kami belum pernah pergi kaunseling, kita tunggu sahaja 5 Mei kalau itu (cerai) yang dia minta.
Hanya tuduhan biasa
Ketika ditanya mengenai dakwaan punca permohonan penceraian dalam perbicaraan tertutup itu, Edika merasakan tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah teguran biasa.
Namun begitu, Hidayah menganggap ia sebagai penghinaan.
Apa yang dituduh kepada saya sangat keterlaluan. Maksudnya, saya cakap lain tapi dia anggap lain.
Mungkin saya ada kesilapan sampai dia bersangka buruk. Sebagai suami dan ketua keluarga, saya kena bertegas dalam sesuatu perkara.
Mungkin dari situ dia pendam lama, saya pula tak perasan dan tak tahu. Rasanya sejak 2022 saya perasan perubahan sikapnya, cuma waktu itu tidak ketara.
Ketika itu saya jumpa kaunselor untuk mendapatkan rawatan anxiety, pakar maklumkan isteri saya juga patut sama-sama ke kaunseling tapi dia tolak.
Pagi tadi, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Nor Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu.
Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.
Sebelum ini, kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai apabila Edika setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.