Momen mesra antara usahawan Mawar Karim dengan anak-anak bekas suaminya, Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Maryam Pilih Sendiri Hadiah Untuk Adik-Adik Dia’ – Mawar Karim
Luangkan masa bersama
Menerusi video perkongsian usahawan Ridzuan Ridzokumura di TikTok, memaparkan dia bersama Mawar serta anak-anak mereka sedang berada di sebuah restoran.
Turut kelihatan adalah dua anak perempuan Fizo dan Fazeera iaitu Wan Khaleeda serta Wan Umaira.
Kedua-dua kanak-kanak itu bukan sahaja mesra bersama kakak mereka iaitu Wan Maryam, malah dilihat tidak kekok bermanja dengan Mawar.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat perhubungan mereka.
Dalam masa sama, warganet turut memuji sikap pemilik nama Mawar Abdul Karim itu dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang penyayang.
Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Aktor itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira dan Wan Maliki.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Kemesraan Mawar Karim Bersama Dua Anak Fizo Omar & Fazeera – ‘Mulia Hatinya’ first appeared on OHBULAN!.





