Pelakon dan pempengaruh, Imranul Effendy menyifatkan pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 sebagai satu penghargaan besar selepas mula menceburi bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Imranul Effendy Seru Rakyat Hayati Erti Kemerdekaan – ‘Merdeka Bukan Sekadar Cuti Umum’
Artikel Berkaitan: Populariti Sebagai Pempengaruh Bukan Tiket Automatik Jadi Pelakon, Imranul Effendy Terus Asah Bakat
Perjalanan baharu

Ketika ditemui , Imranul berkata pencalonan tersebut merupakan sesuatu yang diimpikannya sejak mula menceburi bidang lakonan.
Menurutnya, pengiktirafan itu juga menjadi bukti kepada usaha dan kesungguhannya mengembangkan bakat daripada bidang tarian ke dunia lakonan.
Bagi saya, ini adalah benda yang saya sangat-sangat harapkan. Sebab saya pun sudah menceburi bidang lakonan dalam industri seni ini.
Bila saya tercalon, ia adalah benda yang sangat-sangat besar bagi saya. Ini juga membuktikan usaha saya selama ini dalam bidang tarian dan media sosial.
Saya mahu buktikan bahawa saya bukan hanya mempunyai bakat dalam bidang tarian, tetapi juga dalam bidang lakonan.
Jadi, pencalonan ini adalah satu perjalanan baharu saya dalam industri hiburan.
Imranul berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.
Mengulas mengenai tarian, pelakon itu berkata dia kini lebih fokus kepada lakonan dan mahu mencuba pelbagai karakter untuk memperbaiki mutu lakonannya.
Bagaimanapun, Imranul mengakui minat terhadap tarian masih sebati dalam dirinya meskipun tidak lagi aktif seperti dahulu.
Buat masa sekarang saya memang betul-betul fokus dalam bidang lakonan selepas saya fokus dalam bidang menari.
Saya cuba nak dapatkan banyak karakter supaya boleh perbaiki lakonan Imran dari semasa ke semasa.
Dunia menari itu bagi Imran sudah sebati dalam diri. Jadi, Imran masih menari cuma tidak aktif macam dulu.
Tidak selalu masuk pertandingan, tetapi masih selalu menari sendiri dengan kawan-kawan, buat ssesi tarian berkumpulan dan menghadiri acara pertandingan tarian, cuma tidak sefokus dan seaktif seperti dahulu.
Sekadar info, Imranul tercalon dalam ABPBH 38 menerusi kategori Artis Baharu Lelaki Popular bersama Alpha, Ammar Haikal, Husain, Ezaidi Aziz, Gbril dan beberapa nama lain.
Undian bagi kategori tersebut dibuka dari 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH, manakala malam kemuncak anugerah dijadualkan berlangsung pada 12 Disember 2026.
The post ‘Saya Nak Buktikan Bakat Bukan Sekadar Dalam Tarian Tapi Juga Lakonan’ – Imranul Effendy first appeared on OHBULAN!.





