30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norreen Iman Saran Nak Jadi ‘Influencer’ Kena Lulus SPM, Risau Makin Ramai Anak Muda Abai Pelajaran

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman memberi saranan supaya meletakkan syarat perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi seorang pempengaruh atau ‘influencer’.

    Artikel berkaitan: Norreen Iman Pesan Jauhi Orang Toksik, Jangan Rasa Diri Lebih Bagus – ‘Nanti Dia Sedar Kenapa Orang Jauhkan Diri’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kena Sepak, Tolak, Kaki Luka Sampai Menangis’ – Norreen Iman Dakwa Anak Jadi Mangsa Buli Berulang Kali Di Sekolah

    Kena lulus SPM

    Menerusi perkongsian di TikTok, Norreen berkata, semakin ramai generasi muda yang mengambil ringan tentang pelajaran mereka.

    Malah, dia mencadangkan agar beberapa subjek penting perlu mendapatkan gred A jika ingin menceburi bidang tersebut.

    Saya cuma berharap pada satu hari nanti akan ada undang-undang sekiranya anak-anak muda kita ingin menjadi ‘influencer’, SPM mereka kena lulus.

    Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam mesti A. Boleh tak? Sebab nampak gayanya pendidikan diambil enteng oleh anak-anak zaman sekarang.

    Dalam pada itu, Norreen menyatakan rasa syukur dibesarkan pada tahun 1990-an dan menikmati zaman tersebut.

    Saya bersyukur sangat ketika saya membesar dulu saya cuma ada telefon kecil buat main game ular. Main game Sims dekat komputer pun main guna keyboard bagi duit bertambah.

    Jadi saya bersyukur saya dibesarkan pada tahun 1990-an.

    MENARIK:  5 Misteri Di Set Filem Seram Masih Belum Terjawab! Pengarah & Pelakon Dedah Kisah Sebenar

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah