32 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nina Ismail Sabri Selamat Bersalin Bayi Lelaki

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu.

    Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dedah Jeanelle Paling Teruja Bakal Dapat  Adik Lelaki

    Baby H-N

    Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami Nina iaitu Hafiz Osman, menerusi hantaran di Instagram Story.

    Allahuakbar, SubhanAllah, Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas segala kasih sayang, doa serta ucapan tahniah yang telah kami terima sempena kelahiran putera kami.

    Baby H-N lahir pada 1 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, dengan berat 3.33kg pada jam 8.13 pagi.

    Hafiz turut memuat naik foto dia sedang mendukung bayi mereka sambil Nina baring atas katil wad hospital.

    Dalam perkongsian sama, Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Nina kerana telah melalui proses kehamilan dan kelahiran dengan penuh sabar.

    Terima kasih buat Mummy Nina atas kekuatan dan kasih sayang dalam mengandungkannya hingga selamat lahir ke dunia.

    Tidak lupa juga buat ahli keluarga dan sahabat handai yang sentiasa mengelilingi kami dengan sokongan yang tidak pernah putus.

    Doa, kata-kata indah serta restu anda semua amat bermakna ketika kami melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan ini kini kami berempat.

    Imbas kembali, Nina dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 24 November tahun lalu.

    MENARIK:  Isa Isarb Dedah Isteri Alami Keguguran, Akui Silap Hebahkan Pada Awal Kehamilan

    Nina sebelum itu pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah pada Ogos tahun lalu.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.

    Sumber: Instagram

    The post Nina Ismail Sabri Selamat Bersalin Bayi Lelaki first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah