34 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Andi Bernadee Lancar Album Sulung, Nama ‘Ding Geding’ Inspirasi Dari Filem Ahmad Albab

    Shopee Sale

    Penyanyi Andi Bernadee kini tampil dengan album sulungnya berjudul Ding Geding, selepas hampir sedekad berada di dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dulu Saya Kena Makan 15 Biji Ubat Sehari, Sekarang Hanya Dua’ – Andi Bernadee Makin Pulih, Beri Respon Imej Berselubung Dengan Kain Putih

    Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’

    Album Andi

    Album tersebut dimuatkan dengan 12 lagu pelbagai tema dan emosi yang menjadi refleksi perjalanan hidup, pengalaman serta perkembangan seni Andi sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu. 

    Album ini ada momen seronok, kecewa, bingung dan bahagia. Semua emosi itu ada dalam satu album kerana itulah realiti kehidupan sebenar.

    Emosi manusia sentiasa berubah-ubah dan saya mahu pendengar merasai perjalanan tersebut bersama saya.

    Menurut Andi, Ding Geding merupakan sebuah nama yang diinspirasikan daripada satu babak ikonik di dalam filem terkenal Allahyarham P.Ramlee iaitu Ahmad Albab.

    Saya mahu sesuatu yang apabila orang dengar, mereka terus tertarik dan tertanya-tanya. Sama seperti album ini, setiap lagu mempunyai warna dan identitinya yang tersendiri.

    Sementara itu, Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk menghasilkan sebuah album akhirnya tercapai.

    Sejujurnya saya rasa sangat lega dan bersyukur. Saya menunggu selama sembilan tahun untuk menghasilkan album pertama dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

    Saya pernah melalui fasa di mana suara tidak keluar dan badan menggeletar, tetapi saya tetap ke studio dan meneruskan perjuangan selagi ada kudrat.

    Justeru, Andi berharap agar album ini dapat menjadi teman buat pendengar dan peminat yang telah lama menantikan karya daripadanya.

    Saya harap selepas mendengar album ini, mereka akan rasa bahawa mereka tidak keseorangan.

    Jika ada mana-mana lagu yang boleh menjadi teman, memberi semangat atau membuatkan mereka rasa difahami, itu sudah sangat bermakna untuk saya sebagai seorang pengkarya.

    Untuk info, album Ding Geding kini boleh mula didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 5 Jun 2026.

    MENARIK:  Dr. Rushdi Dalam Usaha Pertemukan Nora Dengan Isteri Pertama

    The post Andi Bernadee Lancar Album Sulung, Nama ‘Ding Geding’ Inspirasi Dari Filem Ahmad Albab first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah