30.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isa Isarb Dedah Isteri Alami Keguguran, Akui Silap Hebahkan Pada Awal Kehamilan

    Shopee Sale



    Pempengaruh Youtube, Isa Isarb berkongsi berita sedih memaklumkan isterinya, Lisa Nosra atau nama sebenarnya Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri mengalami keguguran anak sulung mereka.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Isteri Isa Isarb Hamil Selepas Tujuh Hari Nikah, Kongsi Penjelasan Doktor Pasal Bunting Pelamin

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Rugi Lebih RM500,000, Isa Isarb Batal Program ‘Challenge’ Selepas Dikecam – ‘Salah Tetap Salah, Saya Akan Ambil Pengajaran’

    Terlalu awal berkongsi

    Menerusi perkongsian di Youtube, Isa dan Lisa akui tidak sepatutnya mereka berkongsi berita kehamilan tersebut terlalu awal.

    Saya nak beritahu yang mengandung hari tu dah gugur. Hari tu kami ada beritahu berita mengandung lepas tu sekarang dah gugur tapi tak mengapa kami kuat dan kita akan cuba lagi.

    Sebab masa tu tengah teruja baru kahwin tiba-tiba ‘double line’ (mengandung) yey mengandung lepas tu orang mula komen tak boleh beritahu awal-awal, baru kami tahu tak boleh beritahu awal-awal dan lepas tu gugur.

    Jadi insya-Allah kali ni kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi.

    Dalam pada itu, meskipun sedih, Lisa kini belajar daripada kesilapan dan mengambil nasihat orang ramai untuk merahsiakan berita kehamilan terlebih dahulu selepas ini.

    Perasaan saya sedihlah tapi itu adalah kesilapan-kesilapan kita disebabkan kita post awal.

    Kita akan cuba rahsiakan dan ambil nasihat orang sebab terlalu banyak orang cakap yang kita tak tahu dan tak ada pengalaman tentang perkara itu. Doakan kita berdua.

    Terdahulu, pemilik nama Isa Batharul Zaman ini memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’

    Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah