29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rohingya: Jangan bertindak sendiri, lapor pada pihak berkuasa – polis

    Shopee Sale

    Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri terhadap etnik Rohingya sebaliknya menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata sebarang salah laku oleh kumpulan itu perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

    “Jika ada salah laku daripada pihak Rohingya, mereka (orang ramai) perlu buat laporan terlebih dahulu supaya polis mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

    Mohd Alwi berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di Ipoh hari ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima aduan mengenai kegiatan jenayah atau salah laku melibatkan kumpulan tersebut.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya gerakan kempen tular di media sosial yang didakwa mengajak orang ramai mengambil tindakan terhadap kumpulan Rohingya di negeri itu.

    MENARIK:  Kehilangan Amri: Isteri buat laporan polis untuk jejak saksi

    Ditanya tentang dakwaan ramai etnik Rohingya berada di bandar Manjung, Mohd Alwi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri jika terdapat perkara yang memerlukan bantuan atau tindakan pihak berkuasa.

    Manjung, gambar hiasan

    Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata etnik Rohingya di Perak banyak berada di Manjung dengan kebanyakan mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

    Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri tidak mempunyai angka tepat berhubung jumlah tersebut dan beberapa maklumat awal sedang diteliti bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

    Terdahulu, Timbalan Ketua JSJK (Siasatan/Perundangan) Superintenden Mohd Ridzuan Nor Ihsan dilantik memangku Ketua JSJK Perak menggantikan ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah yang bersara wajib pada 18 Jun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah