29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Niena Baharun Berkongsi Kisah Warga Emas Usia 84 Tahun, Mencari Wang untuk Menjaga Isteri Sakit & 46 Ekor Kucing

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi momen pertemuannya dengan seorang lelaki berusia 84 tahun yang masih keluar mencari rezeki demi untuk menyara keluarga.

    Didatangi Lelaki Berusia 84 Tahun

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Niena didatangi lelaki itu yang memintanya membelikan makan bagi mengalas perutnya.

    Namun, apabila ditanya ada keperluan lain yang hendak dibeli, lelaki yang dipanggil sebagai atuk itu menolak tawaran tersebut.

    Cerita petang tadi, tengah live dekat TikTok dah nampak atuk ni duduk jalan sorang dengan bertongkat macam menunggu untuk orang bagi sedekah. Tapi beliau tidak meminta. Lepas tu tiba-tiba atuk ni datang tegur cakap boleh tak belanja atuk makan.

    Kita pun terus tanya atuk nak beli apa-apa tak, dia cakap tak perlu terima kasih. Atuk cuma nak makan sikit je alas perut. Lepas tu kita ajak dia duduk order makan, sambil tu sempat borak dengan beliau.

    Tanggung Isteri Sakit & 46 Ekor Kucing

    Dakwa lelaki berkenaan, isterinya sedang menghidap penyakit angin ahmar dan kini terlantar di rumah manakala anak-anak pula sibuk dengan keluarga masing-masing.

    Atuk beritahu ada isteri dekat rumah sakit stroke, anak-anak ramai tapi kebanyakan semua perempuan, masing-masing sibuk dengan keluarga.

    Jadi atuk keluar cari duit untuk sara hidup dan jaga kucing-kucing ada 46 ekor dekat rumah. Umur 84 tahun tapi tengok masih sihat, katanya banyak amalkan selawat.

    Dalam pada itu, pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan ini juga turut mendoakan agar lelaki tersebut dan isterinya diberikan kesihatan yang baik.

    Semoga atuk nenek diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

    MENARIK:  17 Tahun Dalam Industri Seni, Haqiem Rusli Janji Hasilkan Muzik Yang Lebih Bagus & Ikut Aliran Semasa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah