
Pempengaruh Iqbal Zulkefli meluahkan rasa sedih apabila seorang pengguna media sosial mengeluh dan tidak bersyukur selepas menerima duit poket sebanyak RM30 daripadanya.
Tak bersyukur

Kata individu tersebut, dia sudah mencuba beberapa kali dan akhirnya berjaya mendapatkan duit poket, namun tidak menyangka jumlah diterima sedemikian sahaja.
Punyalah bersungguh saya nak dapat duit raya daripada awak, last-last dapat RM30 sahaja.
Kata kaya, bagi lah RM100. Dah lah susah betul nak dapat, apa pun terima kasih ya.
Terasa hati dengan keluhan tersebut, Iqbal berkata, niatnya memberikan duit poket adalah sekadar untuk berkongsi rezeki dan dilakukan dengan sukarela.
Namun, berasa sudah hilang semangat apabila ada yang mengeluh dengan jumlah diberikan.
Kenapa saya jadi sedih ya? Maaf atas pemberian duit raya yang tak seberapa. Ada yang dapat RM50, RM10 kerana saya bagi secara random sahaja.
Niat saya untuk suka-suka sahaja dan saya tahu pemberian kecil ini bukanlah dapat menampung hal-hal besar.
Hampir 1,000 orang sudah saya agihkan namun sekarang saya jadi hilang semangat untuk berikan lagi jika begini tanggapan orang.
Sebelum ini, Iqbal sering berkongsi duit poket kepada pengikutnya, namun jumlah yang menerima adalah terhad.





