30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Tak Cantik Selepas Peluk Islam, Maryam Durian Kimchi Jawab ‘Dah Enam Tahun’

    Shopee Sale



    Isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim iaitu Maryam Durian Kimchi mendedahkan pernah menerima mesej daripada seorang individu yang mengatakan dirinya tidak lagi kelihatan cantik selepas memeluk agama Islam.

    ‘Saya convert 2019…’

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama You Narae dari Ansan, Korea Selatan, 32, membidas mesej tersebut dengan mengatakan sudah lebih daripada lima tahun dia memeluk agama Islam.

    Ada orang DM, ‘ruginya lepas convert Islam dah tidak cantik’.

    Saya peluk agama Islam pada tahun 2019, sekarang 2025. Sudah enam tahun dan anak pun dua.

    Masa tu kalau saya duduk neraka pun nampak lagi cantik.

    Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warganet mempersoalkan tindakan individu tersebut yang dilihat merendahkan Maryam.

    MENARIK:  Kemeriahan Rumah Terbuka Raya dengan #KongsiBersama TikTok Malaysia: Apa Yang Dimenangi oleh Khairul Aming & Nyna Bukater?

    Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada Ogos 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Rina dan Rian.

    Sebelum berkahwin dengan Ryzal, Maryam melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya dengan memeluk agama Islam pada Julai 2019.

    Kata-kata semangat warganet

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah