Pelakon, Neelofa berkongsi kini sedang berusaha menghafal dan memahami sebanyak 70 doa nabi menjelang Disember pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Detik Pertemuan Dengan PU Riz – ‘Saya Tengah Cari Ustaz Untuk Pengisian Ramadan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’
Pasang niat

Menerusi muat naik di Instagram, Neelofa yang juga merupakan usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi setiap minggu dia cuba menghafal lebih daripada dua doa nabi.
Target nak hafal 70 doa nabi. Ingat, hafal, lancar baca dan faham makna menjelang Disember.
Sekarang mungkin ada 20 lebih baru dengan izin Allah.
Neelofa berkata dia memilih untuk berkongsi perkara itu kerana memberi semangat kepada mereka yang sedang dalam usaha mendalami ilmu agama.
Kenapa saya kongsi perkara ini? Untuk kongsi semangat. Tidak pernah terlambat untuk bermula.
Asalkan ada semangat dan kemahuan. Jom sama-sama #70DoaNabiDalamDada.
Empat doa nabi yang nak dihafal untuk minggu ni, Insya-Allah.
Minggu lepas dapat hafal tiga doa baru, alhamdulillah.
Sumber: Instagram
The post Neelofa Dalam Usaha Hafal 70 Doa Nabi – ‘Nak Ingat, Lancar Baca Menjelang Disember’ first appeared on OHBULAN!.





