Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay mendedahkan filem Pemuja Syaitan mendapat inspirasi daripada filem-filem slasher popular sekitar era 2000-an.
Artikel Berkaitan: Pemuja Syaitan Bakal Tayang 15 Oktober, Himpunkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar & Aila Azizul
Artikel Berkaitan: Di Sebalik Pemuja Syaitan, Liyana Jasmay Kini Lebih Berhati-Hati – ‘Kurangkan Cerita Goal Kepada Orang Kerana…’
Filem Pemuja Syaitan

Ketika ditemui , Liyana berkata antara filem yang menjadi rujukannya termasuk I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend. Malah, pengalaman membesar dengan filem-filem berkenaan turut mendorongnya menghasilkan Pemuja Syaitan dalam genre teen slasher.
Rujukan saya memang 2000s filem kalau siapa pernah tengok I Know What You Did Last Summer, Urban Legend. Saya membesar menonton filem seperti ini.
Jadi mungkin kalau korang perasan kenapa filem ni diset pada tahun 1996. Saya memang sengaja nak dia jadi pada tahun 1996 dan 1997 untuk universe dia.
Liyana berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Khas Filem Pemuja Syaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Liyana mengakui dia memilih untuk menghasilkan filem dalam genre ini kerana genre sedemikian masih kurang diketengahkan dalam filem tempatan.
Saya memang sengaja buat teen slasher sebab memang jarang untuk filem Malaysia buat genrei ini.
Pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta itu berkata, penghasilan Pemuja Syaitan memberikannya peluang untuk mencuba sesuatu yang berbeza dengan menggabungkan pelbagai elemen dalam satu cerita.
Pemuja Syaitan merupakan karya sulung Liyana sebagai pengarah filem cereka dan menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan.
Turut membintanginya ialah Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.
Filem ini diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, dengan Skop Productions Sdn Bhd sebagai rakan pengedaran dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran.
Filem bergenre seram dan thriller itu mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang kembali berkumpul di sebuah pulau sebelum penemuan kapsul masa membawa mereka berdepan rahsia dan kejadian misteri.
Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.
The post Liyana Jasmay Dedah ‘Pemuja Syaitan’ Terinspirasi Daripada Filem Slasher Era 2000-an – ‘Jarang Filem Malaysia Buat Genre Ini’ first appeared on OHBULAN!.





