28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Menangis, Dilepas & Dibebaskan Pertuduhan Kes Video Muzik ‘Kelepok Raya’

    Shopee Sale

    Usahawan dan penyanyi lagu raya kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada empat pertuduhan berkaitan pemuatan naik video muzik ‘Kelepok Raya’ yang tular hampir tiga tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Tutup Periuk Nasi Sesiapa, Itu Hak Semua Orang’ – Aliff Syukri

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mahkamah Tak Bongok Lah Nak Bagi Orang RM100 Juta!’ – Aliff Syukri

    Dilepas & dibebaskan

    Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim Ahmad Fuad Othman selepas meneliti hujahan tambahan kedua-dua pihak, iaitu peguam bela yang mewakili Aliff dan pihak pendakwaan.

    Menurut Ahmad Fuad, pertuduhan yang dikenakan adalah cacat di sisi undang-undang berikutan keputusan terbaru Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan perkataan ‘menjengkelkan’ dan ‘menghina’ dalam Akta Komunikasi.

    Mengikut pertuduhan asal, Aliff didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Instagram miliknya, ‘aliffsyukriterlajaklaris’, antara 13 hingga 21 April 2022.

    MENARIK:  Buka Peluang Pekerjaan Untuk Kakitangan TikTok Malaysia Yang Diberhentikan, Stesen Radio Kool 101 Raih Pujian Netizen!

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, selain denda tambahan RM1,000 sehari jika kesalahan diteruskan selepas sabitan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Faten Hadni Khairuddin.

    Video muzik ‘Kelepok Raya’ yang dimuat naik Aliff pada Aidilfitri 2022 mengundang kecaman hebat selepas menampilkan beberapa penari lelaki beraksi secara berlebihan sehingga dianggap mencemarkan kemeriahan perayaan.

    Selain dikritik sebagai tidak kelakar walaupun bertujuan komedi, video itu turut dituduh oleh sesetengah pihak sebagai cuba menormalisasikan elemen bertentangan fitrah seperti LGBT dalam masyarakat.

    Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

    The post Aliff Syukri Menangis, Dilepas & Dibebaskan Pertuduhan Kes Video Muzik ‘Kelepok Raya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah