28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nak Buat Macam Mana Makanan Malaysia Sedap Sangat, Okaylah Nanti Cik B Diet’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, stesen radio nombor satu negara iaitu Hot FM berkongsi info mengenai populasi berat badan berlebihan di Asia Tenggara menerusi Instagram (IG).

    Malaysia negara gemuk

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

    Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat carta populasi melibatkan negara-negara di Asia tenggara termasuklah di Malaysia.

    Dapat dilihat, Malaysia mempunyai peratus berat badan berlebih paling tinggi iaitu sebanyak 44.2 peratus diikuti negara Thailang (32.2 peratus) dan Singapura (30.2 peratus).

    Menurut pegawai diatetik Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Ahmad Huzaifah Usoh, data daripada National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019 menunjukkan seramai 19.7 peratus daripada rakyat Malaysia dalam kalangan dewasa mengalami masalah obesiti (BMI melebihi 30 kg/m2) manakala seramai 30.4 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan (BMI antara 25kg/m2 – 29.9 kg/m2).

    Manakala bagi kanak-kanak dan remaja pula, seramai 14.8 peratus mempunyai masalah obesiti dan 15 peratus mempunyai masalah berlebihan berat badan.

    Cik B beri komen

    Apa yang mencuri perhatian ialah, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B turut memberikan komen terhadap perkongsian tersebut.

    MENARIK:  ‘Influencer Berjaya Adalah Yang Berpendidikan’ – Syed Saddiq

    Menerusi ruangan komen, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berseloroh mengatakan makanan sedap yang disajikan menjadi punca kepada peratusan tinggi berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Cik B juga memaklumkan dia akan cuba untuk melakukan diet bagi menurunkan berat badannya.

    Nak buat macam mana, makanan Malaysia sedap sangat.

    Okay lah, nanti lah Cik B diet.

    Sekadar info, Cik B sangat terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan gemar bergurau senda dengan wargamaya di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah