Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan sebak sewaktu berbual dengan isterinya, Ardell Aryana yang kini mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Artikel Berkaitan: ’Baru Tahu Isteri Kena Drip Air, Kuat Bertahan Ya’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadzmi Adhwa Tampil Beri Penjelasan Benarkan Ardell Aryana Sertai Misi Kemanusiaan – ‘Kenapa Nak Kecam Saya?’
‘Kuat semangat’

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Nadzmi dilihat mula menitikkan air mata ketika sedang memberi semangat terhadap Ardell.
Dalam pada itu, Ardell turut menitipkan doa agar perniagaan mereka dilimpahkan rezeki setimpal dengan kesungguhan suaminya dalam mempromosikan produk jualan.
Awak yang kena jaga diri. Sikit lagi nak sampai. Mesti akan sampai.
Perkongsian itu kemudiannya mengundang perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut mendoakan kesejahteraan Ardell.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mengakui turut terkesan selepas mendengar perbualan pasangan itu.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post Nadzmi Adhwa Sebak Berborak Dengan Ardell Aryana – ‘Awak Jaga Diri, Mesti Sampai Nanti’ first appeared on OHBULAN!.