29 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Pertikai Nafkah Isteri Hanya Beza RM300 Dengan Gaji Pembantu Rumah, Ini Jawapan Dr Say – ‘Duit Saya Adalah Duit Dia’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil memberi penjelasan berkenaan jumlah nafkah yang diberikan kepada isterinya iaitu RM2,000 hanya berbeza RM300 dengan gaji pembantu rumah.

    Terlupa nak revise

    " data-video-id="7496472731924401426" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @say_shazril0

    Her Money Is Her Money, My Money Is Her Money, Simple.

    ? original sound – say_shazril – say_shazril

    Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Say berkata dia terlupa untuk melakukan semakan semula nafkah kerana sebelum ini komitmennya lebih daripada RM35,000 sebulan disebabkan yuran terapi anaknya yang tinggi.

    Saya akur nilai nafkah yang saya beri kepada isteri raya rendah iaitu RM2,000 sebulan.

    Sebelum ini komitmen saya lebih daripada RM35,000 sebulan sebab yuran terapi anak autism saya RM10,000 setiap bulan.

    Cuma baru-baru ini, anak saya graduate daripada terapinya dan saya akui, saya terlupa untuk revise nafkah yang diberi kepada isteri.

    Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Say menegaskan bahawa meskipun jumlah nafkah yang diberikan kepada isteri tidaklah besar, namun semua keperluan rumah dan kehendak wanita itu ditanggung sepenuh olehnya kecuali barangan yang dibeli sendiri oleh isterinya.

    Komitmen bulanan isteri saya adalah loan kereta, yuran sekolah anak kedua ASB loan, takaful dan bil telefon miliknya.

    Satu sen gaji bini saya, saya tak sentuh, kecuali bini yang bagitahu dia nak belanja atau dia nak berkongsi.

    Sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa komitmen tinggi. Tak mengapa, itu komitmen saya dan saya sangat gembira menanggungnya.

    Dalam pada itu, dia meluahkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana menegur mengenai nafkah dan dia akan cuba untuk meningkatkan jumlahnya.

    MENARIK:  Kembali Ke Rumah Untuk Mengambil Baju, PA Ruhainies Terekap Dalam Video

    Sebelum ini, Dr Say mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan komitmen bulanannya yang mencecah RM35,000.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah