33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Qi Razali Makin Bahagia, Impi Bergelar Bapa – ‘Saya Terbayang Nak Hantar Anak Masuk Kelas Piano’

    Shopee Sale

    Pelakon Qi Razali memaklumkan kehidupannya kini makin bahagia semenjak bergelar suami malah tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: Qi Razali Nikah Pada Usia 48 Tahun, Isteri Curi Tumpuan Solek Sendiri Di Hari Perkahwinan

    Artikel Berkaitan: Jarak Usia 19 Tahun Dengan Tunang, Qi Razali Bakal Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun Hadapan

    Menjadi suami

    Ketika ditemui , Qi atau nama lengkapnya Qushairi Mohammed Razali, 48, bersyukur dapat melayari bahtera perkahwinan bersama isteri, Wardah Hayati.

    Qi turut mengakui peranan sebagai suami telah memberi satu pengalaman baharu untuknya.

    Alhamdulillah, tanggungjawabnya berbeza sebagai seorang suami.

    Perjalanan hidup sebelum ini membawa kepada siapa saya sekarang ini.

    Mungkin dahulu usia masih muda namun sekarang saya lebih memahami perjalanan hidup dan begitu juga isteri, dia juga memahami saya.

    Saya rasa sangat selesa bila bersama dengan isteri kerana boleh jadi diri sendiri.

    Qi berkata demikian seusai Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

    MENARIK:  Wanita Mengaku Diberi RM60,000 Untuk Menggugurkan Kandungan Anak Aniq Suhair

    Mahu bergelar bapa

    View this post on Instagram

    A post shared by Qi Razali (@qirazali0808)

    Dalam pada itu, bekas pemain drum kumpulan OAG tersebut juga meluahkan hasrat untuk bergelar bapa suatu hari nanti.

    Harapan memang ada ke arah itu, saya pun bukan makin muda.

    Saya terbayang dan ada impian nak hantar anak masuk kelas piano.

    Saya ambil langkah demi langkah, insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kami.

    Dalam perkembangan lain, Qi tersenarai sebagai salah seorang calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM menerusi filem Babah.

    Untuk info, Qi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup yang di adakan di Gopeng, Perak.

    The post [VIDEO] Qi Razali Makin Bahagia, Impi Bergelar Bapa – ‘Saya Terbayang Nak Hantar Anak Masuk Kelas Piano’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah