28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    17,000 tan bantuan kemanusiaan sedia dibawa masuk ke Gaza

    Shopee Sale

    Kira-kira 170,000 tan bekalan bantuan disediakan dan menunggu untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di Geneva pada Khamis, susulan pengumuman perjanjian awal untuk menamatkan pertempuran di Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Sebaik sahaja pihak berkuasa Israel, yang mengawal akses ke Gaza memberi lampu hijau, bantuan itu boleh segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan, katanya. Bantuan itu termasuk makanan, ubat-ubatan, khemah dan pelbagai keperluan penting lain.

    Awal minggu ini, OCHA menyatakan yang pihak berkuasa Israel tidak meluluskan atau menghalang 45 peratus konvoi bantuan berdaftar sejak serangan bermula pada Oktober 2023.

    MENARIK:  Bas Rapid KL terbakar, penumpang alami detik cemas

    Bagi membolehkan bantuan sampai kepada penduduk awam, OCHA memerlukan pintu sempadan dibuka, jaminan keselamatan untuk petugas bantuan dan penerima, visa untuk kakitangan asing dan kemasukan bantuan tanpa sekatan, jelas jurucakap itu.

    Beliau turut menegaskan yang sektor swasta di Semenanjung Gaza perlu dihidupkan semula secepat mungkin.

    Pada Rabu, Israel dan Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan damai Presiden AS Donald Trump, untuk Gaza.

    Selain pemulangan tawanan dan pembebasan tahanan Palestin, Hamas menyatakan yang perjanjian itu turut merangkumi penamatan peranang, pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang lama terkepung itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah