26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Heliza & Hazwani Helmi Tampil Dengan Single ‘Mengukir Takdir’, Papar Realiti Perjuangan & Harapan

    Shopee Sale

    Pasangan adik-beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Mengukir Takdir’, hasil ciptaan komposer prolifik Wan Saleh bersama Hazwani Helmi sendiri.

    Artikel Berkaitan: ‘Tiga Saya Tidak Diberi Makan, Hanya Minum Air Tandas’ – Heliza Helmi

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serahkan Dirimu Dalam Penjagaan Allah’ – Heliza Helmi

    Mengukir takdir

    Lagu ini menyampaikan mesej tentang ketabahan dan kebergantungan kepada Allah SWT dalam menempuh ujian hidup.

    Selain itu, ia juga diinspirasikan bukan sahaja daripada semangat perjuangan saudara di Gaza, tetapi juga sebagai peringatan bahawa setiap insan adalah pejuang dalam kisah hidup mereka sendiri.

    Menurut Heliza dan Hazwani, proses pembikinan lagu ‘Mengukir Takdir’ bersama komposer Wan Saleh berjalan dengan lancar dengan hanya mengambil masa kurang daripada enam jam.

    Ujar mereka lanjut, cabaran dalam menghasilkan lagu ini adalah daripada teknik vokal yang memerlukan nota tinggi.

    Kami bersyukur kerana dari awal perbincangan bersama pasukan Alternate, wujud keserasian yang akhirnya membawa kepada cadangan untuk bekerjasama dengan Wan Saleh.

    Wan Saleh pernah bekerja dengan kami sebelum ini, jadi beliau lebih mengenali cara nyanyian kami. Dari situlah lahirnya Mengukir Takdir, sebuah karya yang cukup mencabar tetapi penuh makna.

    Rakaman demo memakan masa sekitar lima jam, begitu juga dengan rakaman akhir.

    Cabarannya adalah kerana Mengukir Takdir merupakan sebuah lagu yang ‘besar’ berbanding karya kami sebelum ini. Ia menuntut teknik vokal yang tinggi, pelbagai lapisan suara termasuk koir, serta elemen Arab.

    Alhamdulillah dengan bimbingan guru vokal dan tunjuk ajar Wan Saleh, kami berjaya merealisasikan apa yang dirancang.

    ‘Mengukir Takdir’ merupakan single pertama kerjasama Heliza dan Hazwani Helmi serta Alternate Records & Talents.

    Setiap kita adalah pejuang. Walau apa pun cabaran hidup, Allah telah menjanjikan bahawa setiap kesulitan hadir bersama kemudahan, seperti dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6. Lagu ini kami tujukan sebagai penguat semangat untuk semua.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ‘Mengukir Takdir’ nyanyian Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

    MENARIK:  Buletin Utama Khas Malam Ini, Siri Duka Di Bumi Gaza – ‘Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin’

    Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti laman rasmi di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    The post Heliza & Hazwani Helmi Tampil Dengan Single ‘Mengukir Takdir’, Papar Realiti Perjuangan & Harapan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah