26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Lelaki Barat Lebih Bertanggungjawab, Hargai Kecantikan Asli Wanita – ‘Mereka Suka Beri Pujian Kecil’

    Shopee Sale

    Pelakon Sharifah Sakinah berpendapat bahawa lelaki bukan Melayu menunjukkan komitmen yang lebih tinggi terhadap tanggungjawab rumah tangga berbanding sebahagian lelaki tempatan.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Sudah Bernikah Kali Ketiga, Enggan Dedah Identiti Suami

    Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Enggan Terlalu Tayang Wajah Suami – ‘Saya Akan Tunjuk Sekali Sekala Sahaja’

    Cara didikan ibu bapa

    Menerusi podcast Sembang Seram, Sakinah berkata lelaki Barat telah dididik tentang tanggungjawab sejak dari kecil.

    Menurut Sakinah, salah satu faktor utama dalam pemilihan suaminya adalah melihat cara lelaki menjaga ibunya serta anak-anak, kerana ia mencerminkan tahap tanggungjawab dan keperibadian.

    Seawal usia 14 tahun, ibu bapa mereka sudah berani menegur hal-hal peribadi secara terbuka dan mengingatkan anak untuk menjaga pasangan dengan baik.

    Saya bukan memilih tapi bergantung pada individu. Ada saja lelaki Eropah yang teruk sebab semuanya bermula dengan cara didikan ibu bapa.

    Bagi saya, untuk membesarkan anak lelaki perlu bermula dengan asuhan dan nilai yang betul.

    Lelaki yang saya jumpa, saya akan pilih berdasarkan bagaimana dia menjaga ibu dan anak-anaknya.

    Umur saya ini dah 30-an dan saya akan berjumpa lelaki berstatus duda. Kalau dia pandai menjaga keluarga, itulah yang saya pilih.

    Tambah pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, dia bercerita berdasarkan pengalaman kehidupannya berkahwin dengan lelaki berstatus duda.

    Cuma saya nampak lelaki bukan Melayu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan. Saya bersama lelaki yang pernah berkahwin beberapa kali, tetapi masih mengamalkan co-parenting.

    Itu semua hasil didikan ibu bapa yang menekankan nilai tanggungjawab sejak kecil.

    Suka kecantikan semula jadi

    Dalam pada itu, pelakon sitkom Hotel Mania menyatakan lelaki Barat sangat menghargai wajah semula jadi pasangan.

    MENARIK:  Program Munch & Move Bangun Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Keluarga Kurang Berkemampuan!

    Selain itu, lelaki Barat akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin kerana sekiranya bercerai akan timbul banyak masalah seperti pembahagian harta.

    Kadang ada lelaki Melayu suka wanita berkulit putih sampai ramai sanggup buat pelbagai rawatan kecantikan.

    Ada yang ubah wajah sebab nak ikut cita rasa lelaki terhadap makna sebenar kecantikan.

    Berbeza pula dengan lelaki Barat yang lebih menghargai semula jadi saya. Mereka suka beri pujian kecil yang kita rasa dihargai.

    " data-video-id="7558382100743785744" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    Takkan melayu hilang di dunia 💪🏻😂 #sharifahsakinah #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Sumber: Sembang Seram

    The post [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Lelaki Barat Lebih Bertanggungjawab, Hargai Kecantikan Asli Wanita – ‘Mereka Suka Beri Pujian Kecil’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah