Dunia sukan Asia Tenggara bakal menyaksikan penyatuan dua bintang dari negara serumpun apabila personaliti media sosial dan atlet tinju Indonesia, Jaden Bahtera, selamat merisik jaguh Muay Thai dan peninju Malaysia, Puteri Rania.
Jaden, Rania selamat merisik
Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah video yang memaparkan Jayden atau nama lengkapnya Rajadin Putra Bahtera segak berbaju batik, hadir bersama ibunya ke kediaman keluarga Rania di Malaysia.
Jaden duduk diapit oleh bapa dan abang Rania, sebelum ibunya menyarungkan cincin ke jari manis kekasih hatinya itu sebagai tanda merisik sebelum melangkah ke fasa pertunangan.
Rania pula yang anggun dalam persalinan rona krim, kelihatan manis tersipu malu ketika cincin disarungkan ke jari manisnya.
Pasangan itu dilihat mengalirkan air mata tanda kesyukuran atas perhubungan yang terbina.
Khabar gembira ini turut disambut baik oleh abang kepada Rania, atlet seni bela diri campuran (MMA) terkenal, Mohammed Mahmoud atau lebih mesra dikenali sebagai Jordan Boy.
Menerusi ruangan komen, Jordan Boy meluahkan rasa terujanya dan seakan memberi bayangan menantikan pasangan ini melangkah ke fasa bertunang.
Sumber: TikTok Jaden
The post [VIDEO] Atlet Tinju Indonesia Menangis Syukur, Selamat Merisik Jaguh Muay Thai Negara – ‘She Said Yes’ first appeared on OHBULAN!.






