26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Intan Najuwa Semak Senarai Boikot Sebelum Beli Perkakas Dapur Jenama Antarabangsa – ‘Kalau Tersilap, Saya Akan Buang’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian barangan daripada jenama yang diboikot.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa & Suami Anjur Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Pejuang Global Sumud Flotilla

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Didik Lunara ‘Sleep Training’ Sejak Usia 3 Bulan – ‘Tak Ajar Dukung Atau Dodoi Lama’ 

    Semak dahulu

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Intan sedang membuka bungkusan berisi set perkakas dapur yang dipercayai daripada jenama mewah antarabangsa.

    Selepas dipersoal oleh seorang warganet, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27,  menjelaskan bahawa dia telah menyemak senarai jenama boikot terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

    Adakah jenama ini termasuk dalam mana-mana senarai boikot?

    Saya sudah semak kedua-dua senarai boikot dan juga di laman web BDS Movement tapi jenama ini tidak tersenarai pula.

    Bagaimanapun, Intan berkata dia akan bertindak untuk membuang barangan tersebut andai ia adalah jenama yang diboikot.

    Tolong beritahu saya kalau saya tersilap.

    Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang tu sekarang juga.

    Nasihat netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihatkan Intan supaya tidak membuang barang-barang tersebut kerana yakin ia tidak tersenarai di antara jenama yang diboikot.

    MENARIK:  Konsert Sulung Drama Band Banyak ‘Stunt’ Menarik, ‘Full House’ & ‘Another Level’!

    Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dengan pelakon drama Racun Rihanna itu yang cakna dengan gerakan memboikot barangan Israel.

    Video

    " data-video-id="7558781096452918535" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @intannajuwaaa

    Unboxing periuk baru 😅

    ♬ original sound – Intannajuwa – Intannajuwa

    Sumber: TikTok Intan Najuwa

    The post [VIDEO] Intan Najuwa Semak Senarai Boikot Sebelum Beli Perkakas Dapur Jenama Antarabangsa – ‘Kalau Tersilap, Saya Akan Buang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah