
Penyanyi, Nadeera menangis apabila mendapat tahu tiket showcase sulungnya iaitu ‘An Evening With Nadeera’ habis terjual dalam tempoh tiga minit.
Sold out!

Nadeera atau nama lengkap Farah Nadeera Zaini, 31, berkata, dia tidak menyangka dengan sambutan yang diberikan peminat selain bersyukur kepada Ilahi.
Saya anggap diri masih lagi baharu dalam industri, sampai terfikir ada ke orang nak beli tiket dan tengok showcase saya. Semua yang berlaku kuasa Allah, tiket habis dalam tiga minit.
Saya menangis sebenarnya, ini impian saya. Dah lama saya impikan saat ini. Ini satu mimpi yang terbukti hasil kerja keras, tawakal dan doa, inilah hasilnya
Nadeera berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media An Evening With Nadeera yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, pada Jumaat.
Janji kelaianan

Berkongsi lanjut mengenai showcase tersebut, Nadeera berkata, dia akan memberikan kelainan dalam persembahannya yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Malah, dari sudut pemilihan lagu, penyanyi asal Johor itu akan menyampaikan beberapa lagu yang selama ini diidamkan untuk dinyanyikan termasuk lagu Biduniata Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Showcase ini akan menceritakan tentang perjalanan seni saya sepanjang 10 tahun ingin menempa nama dalam industri. Showcase ini tentang jatuh bangun saya.
Saya akan memberi kelainan dalam showcase ini yang mungkin peminat tak pernah lihat saya lakukan di tempat lain.
Saya akan nyanyi lagu-lagu yang tidak diberi peluang untuk nyanyi sebelum ini. Ada beberapa lagu dari penyanyi lain saya akan bawakan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan beberapa lain.
Showcase sulung Nadeera bertajuk ‘An Evening With Nadeera’ bakal berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama pada 30 Mei ini.
Sementara itu, ‘Hael Husaini Antonim Night’ yang turut berlangsung di lokasi sama pada 31 Mei ini turut menerima sambutan hangat apabila tiketnya habis dalam masa 17 minit.
Kedua-dua acara ini dibawakan oleh Mask Team dan Usanita Entertainment.





